Personaliti media sosial dan penyanyi rap, Caprice menyentuh hati ramai apabila tampil membantu pasangan warga emas yang kisah mereka tular baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Mahu Tinggalkan…Dulu Dia Sihat Saya Sayang, Bila Sakit, Saya Lagi Sayang’

‘Rumah ni untuk pak cik’

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat menziarahi pasangan berkenaan di rumah mereka yang terletak di tingkat empat sebuah kawasan perumahan tanpa kemudahan lif.

Apa yang lebih menyayat hati, rakaman tersebut memaparkan si suami terpaksa mengangkat isterinya yang sedang uzur setiap kali perlu menaiki atau menuruni tangga untuk keluar dari rumah.

Prihatin dengan situasi itu, Caprice mengambil inisiatif menyewa sebuah rumah baharu yang lebih selesa dan mesra warga emas untuk pasangan tersebut sebagai hadiah kejutan.

Rumah ni untuk pak cik. Lepas ni pak cik tak perlu naik tangga dah. Pak cik pun dah berumur,

Tidak hanya berhenti di situ, Caprice turut membantu membuka akaun bank bagi pihak lelaki berkenaan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan terus kepada mereka.

Untuk setahun pertama ni pak cik jangan risau, pengikut saya di media sosial ni suka membantu, jadi mereka akan terus transfer bantuan ke akaun pak cik.

Tambah Caprice lagi, segala kos rumah sewa tersebut juga adalah hasil sumbangan orang ramai yang prihatin dan ingin membantu meringankan beban pasangan itu.

Tindakan murni Caprice ini menerima pujian ramai netizen yang menyifatkan usahanya sebagai contoh terbaik penggunaan pengaruh media sosial ke arah kebaikan.

Netizen puji

Sumber: Instagram Caprice