![[VIDEO] ‘Cara Bahagi Masa Antara Dewi Remaja, Pelajar Master & Chambering.. Saya Hampir Pindah Alam’ – Sharmaine Alexander](https://asset.ohbulan.com/2026/05/shermaine-2.jpg)
Bekas peserta Dewi Remaja 2025, Sharmaine Alexander, berkongsi perjalanan mencabar dalam menggalas pelbagai peranan serentak sebagai graduan Sarjana Undang-Undang, peguam bertauliah, serta aktif sebagai pelakon dan pengacara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Meerqeen & Sharmaine Alexander Bikin Netizen Senyum, Sempat Beramah Mesra Dengan Keluarga
Artikel Berkaitan: Individu Anggap Meerqeen ‘Muka Awam’ – ‘Perempuan Malaysia Yang Suka Dia Tiada Taste Ke?’
Kekuatan mental & fizikal
Menerusi perkongsian video Universiti Teknologi MARA (UiTM) di TikTok, Sharmaine mendedahkan bahawa dia perlu membahagikan masa antara komitmen program Dewi Remaja, pengajian sarjana dan tempoh chambering, yang menjadi cabaran besar hingga menuntut kekuatan mental dan fizikal.
Saya graduan Master of Law.
Saya juga merupakan seorang peguam, baru sahaja diiktiraf, dan sebagai pelakon serta host.
Sebenarnya tahun lepas saya belum menjadi selebriti lagi.
Sewaktu nak dekat dengan final Master itu, baru saya join program Dewi Remaja.
Tapi sebenarnya saya ada bahagikan masa antara Dewi Remaja, pelajar Master, dengan chambering.
Cara membahagikan masa itu saya tak tahulah, saya hampir pindah alam sebenarnya.
Pembahagian masa

Dalam pada itu, Sharmaine memaklumkan jadual hariannya cukup padat, bermula dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang bekerja sebagai peguam sebelum menyambung kelas sarjana di Shah Alam.
Saya punya jadual macam ini, dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang saya bekerja sebagai peguam.
Kemudian jam 6.00 petang hingga jam 9.00 malam saya pergi Shah Alam untuk kelas Master.
Saya tinggal di Kuala Lumpur, jadi saya akan sampai rumah pada pukul 10.00 malam hingga pukul 1.00 pagi.
Empat hari saya akan jalani rutin sebegitu.
Ujar Sharmaine lagi, kekuatan mental menjadi kunci utama untuknya terus bertahan dan menguruskan segala tanggungjawab tersebut.
Saya hanya ada kekuatan mental yang tinggi sahaja.
Sekiranya saya boleh, anda pasti boleh!
Sumber: TikTok






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

