![[VIDEO] Gelagat Meerqeen & Sharmaine Alexander Bikin Netizen Senyum, Sempat Beramah Mesra Dengan Keluarga](https://asset.ohbulan.com/2026/05/meerqeen.jpg)
Interaksi antara pelakon, Meerqeen dan bekas peserta Dewi Remaja 2025, Sharmaine Alexander ketika hari graduasinya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: Individu Anggap Meerqeen ‘Muka Awam’ – ‘Perempuan Malaysia Yang Suka Dia Tiada Taste Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tayar Kereta Masuk Lubang, Wanita Terharu Meerqeen & Hael Husaini Datang Bantu – ‘Terima Kasih Sangat!’
Kehadiran Merqeen
Menerusi perkongsian di TikTok, Sharmaine memuat naik beberapa video yang memaparkan dirinya bersama Meerqeen melakukan trend yang sedang tular di platform tersebut.
Tidak hanya itu, Sharmaine juga berkongsi sudah bertemu dengan ibu bapa Meerqeen dan sempat beramah mesra dengan mereka.
Perkongsian video itu meriah perhatian orang ramai sehingga beberapa video melibatkan Meerqeen meraih lebih dua juta tontonan di TikTok.
Tidak dinafikan, interaksi antara Meerqeen dan Sharmaine mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata ingin tahu tentang status hubungan mereka.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, netizen sempat berseloroh menyatakan mereka bersetuju sekiranya Meerqeen dan Sharmaine mahu mengambil langkah melanjutkan hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa gembira apabila impian Sharmaine untuk bertemu dengan Meerqeen akhirnya menjadi kenyataan.
Sebelum ini, Sharmaine pernah meluahkan hasrat mahu bertemu dengan Meerqeen kerana sangat meminatinya.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

