Pada 18 Februari lalu, pasangan penyanyi Tom dan Fuad Rahman dikurniakan seorang anak perempuan yang selamat dilahirkan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Puteri bongsu mereka itu diberi nama Anggun.
Artikel Berkaitan: Tom, Fuad Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan – ‘Welcome To The World, Anggun’
Artikel Berkaitan: Tom Selesa Bersalin Di Hospital Kerajaan, Boleh Jimat Kos – ‘Siap Dapat Epidural, Bayar RM24 Je’
Kecaman netizen
Tom dilihat sering berkongsi video momen anak-anak dan suaminya di media sosial ketika mereka meluangkan waktu bersama.
Bagaimanapun salah satu video yang memaparkan Fuad sedang mendodoikan Anggun telah mendapat kecaman daripada warganet kerana didakwa tidak mendedahkan bayi itu dengan zikir atau doa malah didodoikan dengan bunyi muzik.
Pemilik nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikhram itu kemudian membalas komen individu berkenaan dengan memuat naik video suaminya sedang membacakan zikir kepada puteri bongsu mereka seusai solat.
Rutin harian, selepas solat mesti abang Fuad letak baby atas riba dan bagi dengar Asma Ul Husna dan zikir.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara didikan pasangan selebriti itu selain menyelar tindakan individu tersebut yang menyoal cara Fuad membesarkan anaknya.
Apa la korang ni…setiap mak bapak mesti nak yang terbaik untuk anak-anak..tolong la jangan suka-suka mengata tak baik tau.
Macamlah kita bagus, anak bini cucu dan diri sendri mengata orang. Aku suka tengok cara Fuad sekeluarga, moga kekal bahagia.
Netizen ni kadang-kadang kita post macam tu semua tak elok, kang post mengaji, solat la..macam Fuad ni zikir kan anak kata berlagak. Apa yg korang nak?
Untuk info, Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia. Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.
Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu. Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
@rajakingtom Replying to @MiLiciouz83
Sumber: TikTok Tom