Selepas sebulan, pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai CEO Kaki Review akhirnya membuat permohonan maaf kepada seorang lagi pempengaruh iaitu Jason Review.

Artikel Berkaitan: Kieda Akur Pempengaruh Jason Bagi Rating 4.2 Untuk ‘Crepe’ – ‘Betul, Inti Durian Dimasak Dengan Custard’

Mohon maaf pada Jason

@ceokakireviewassalammualaikum,ak ceo kaki review dengan rasa rendah diri,aku ingin mohon maaf pada jason dengan apa yang berlaku sebelum ni..haritu aku emosi,aku tak kawal..aku minta maaf jason..? original sound – KAKI REVIEW ??

Menerusi TikTok, pempengaruh berkenaan memuat naik video mohon maaf kepada Jason dan berjanji bahawa perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

Assalamualaikum, aku CEO Kaki Review, aku ada mesej Jason secara peribadi dan ada minta maaf kepada dia.

Jason, saya minta maaf dan mengaku silap/

Saya janji bahawa perkara ini tak akan berulang lagi dan saya juga nak minta maaf kepada semua pengikut Jason.

Bercerita lanjut, pempengaruh itu turut mengakui kesilapannya yang memuat naik konten dipercayai ditujukan kepada Jason dalam keadaan marah.

Aku mengaku, memang silap aku dan salah aku.

Masa aku buat video tempoh hari, aku tengah marah jadi aku tak dapat kawal.

Jason terima permohonan maaf

 

Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan turut mendapat komen balas daripada Jason yang menerima permohonan maaf dibuat CEO Kaki Review.

Terdahulu, nama CEO Kaki Review mula menjadi bualan ramai selepas dia dikecam kerana memuat naik video yang menurutnya ulasan Jason yang terlalu jujur telah membuatkan perniagaan orang lain lingkup.

Sumber: TikTok