Bekas isteri kepada pengarah, Aziz M. Osman iaitu Puteri Lily Lokman akhirnya membuka mulut berhubung isu perceraian mereka.
Artikel Berkaitan: Aziz M Osman, Puteri Lily Bercerai
Berpisah jalan terbaik
Menerusi temu bual bersama Melodi, Puteri Lily berkata, keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik yang diambil oleh dia dan Aziz.
Jelas Puteri Lily, perasaan mereka berdua juga menjadi lebih tenang selepas disahkan bercerai.
Bila tiada sefahaman, lebih baik perpisah secara baik. Mungkin kami berdua gagal sebagai pasangan hidup, namun sebagai kawan insya-Allah kami baik.
Tiada orang yang inginkan perceraian, kalau berlaku perceraian itu akan menjadi fasa terendah dalam hidup mereka.
Ini (cerai) adalah keputusan terbaik untuk anak-anak juga, kalau ibu bapa ada konflik itu tidak bagus untuk anak-anak.
Apabila kami berdua sudah bercerai, alhamdulillah kami rasa tenang. Anak pun okay. Anak-anak juga dilihat sangat berlapang dada menerima keputusan ini.
Dalam masa sama, Puteri Lily yang juga seorang penerbit berkata, dia sudah pun berusaha yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu.
Bila hidup ini rasa I’m done dan sudah berusaha buat yang terbaik, rasa sudah sampai limit, dah tak nampak jalan untuk selesaikan lagi.
Saya sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal barulah kami teruskan untuk bercerai. Selebihnya tidak boleh dikongsikan kepada umum apa sebab terperinci.
Dugaan ini sebenarnya mematangkan saya, semua orang mahu pertahankan rumah tangga mereka, dah cuba sehabis mungkin. Tapi bila ada pula topik lain, saya rasa sudah, cukup!
Tempoh 13 tahun sebenarnya agak lama untuk kami bertahan, ia bukan mudah juga sebenarnya. Alhamdulillah, Allah permudahkan sampai di sini.
Sementara itu, disoal adakah berpisah disebabkan wujud orang ketiga, Puteri Lily berkata dia enggan untuk mengulas lanjut kerana sudah berjanji dengan anak sulungnya, Puteri Nur Azzahra.
Saya tidak boleh komen banyak tentang isu ini kerana sudah berjanji dengan anak sulung saya. Malah ibu bapa saya pun tak tahu kami akan cerai, mereka sangat terkejut.
Tiba-tiba beritahu ayah saya esok paginya mahu cerai. Dia pun tak sangka, sebab saya bukan jenis yang suka cakap negatif atau burukkan sesiapa.
Terdahulu, Puteri Lily menerusi hantaran di Instagram Stories memaklumkan dia sudah pun bercerai dengan Aziz sejak bulan lalu.
Menurut Puteri Lily, pendedahan itu dibuat bagi mengelakkan timbulnya fitnah antara dirinya dengan bekas suami di kemudian hari.
Untuk rekod, Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Aziz.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 12, dan Putera Muhamad Aryan, 5.
Video
@melodiberapi Ramai yang terkejut dengan berita ini, tak ada angin tak ada khabaran tentang masalah mereka tahu2 dah bercerai.. jangan keruhkan keadaaan, kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.. #meloditv3 #cerai #fyp? #ceritaartismalaysia #fyp??viral ? original sound – Melodi
Sumber: TikTok Melodi