berita

[VIDEO] Che Ta Positif Covid-19, Majlis Anniversary Ke-10 Terpaksa Ditangguh – ‘Lokasi, Solekan & Busana Sudah Siap’

December 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Rozita Che Wan

Dramatis popular, Rozita Che Wan terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 pada Isnin ini apabila disahkan positif Covid – 19.

Artikel Berkaitan: Majlis Hari Lahir Anak Che Ta Bikin Ramai Cemburu, Pernah Simpan Impian Nak Buat Tema Barbie – ‘It’s My Childhood Dream’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aaisyah Kata Nak Tidur Pun Kena Cantik, Pakai Lipstic & Blusher’ – Che Ta

Cancel anniversary

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan atau mesra dengan sapaan Che Ta bagaimanapun reda dengan ujian yang menimpanya.

Ikutkan semua persiapan nak raikan ulang tahun perkahwinan ke -10 itu sudah siap. Jemputan, lokasi majlis, solekan, busana pun sudah siap dan diatur.

Tapi apakandaya, pada 8 Disember lalu saya melakukan ujian kendiri Covid-19 dan keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali bukan omong kosong.

Saya pun tak mahu risikokan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini. Jadi buat sementara waktu, tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu.

Sementara itu, disoal mengenai keadaannya kini yang melakukan kuarantin kendiri di banglo mewah di Damansara, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.

Nak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam nak pecah otak. Saya pun batuk berterusan macam nak terbelah dada.

Pada 9 Disember lalu, saya buat lagi ujian kendiri Covid-19 dan masih positif. Harap semua akan baik-baik saja selepas ini.

Jadi kita jangan ambil mudah perihal virus ini yang belum lagi ‘nyah’ dalam hidup kita.

Dalam perkembangan lain, Che Ta baru saja selesai penggambaran program masakan Cuit Cuit CheTa musim ketiga yang akan disiarkan pada bulan Ramadan tahun depan.

Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod itu bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu di kalangan artis sebagai ‘chef’ masakan.

Selepas itu, saya akan jadi juri program The Mask Singer musim keempat. Selain itu saya akan lancar produk terbaharu ByRCW awal tahun depan.

Video

@rozitachewan1 Kami habaq kt zain , sayang i double line , zain baqu ja nak senyum , tequih kami ckp , positive covid????? Adoiiiiiiiiiii! Time kami nak celeb8 Anniversary yg ke 10 isnin ni , diaaaaaaa sampai dah menatang covid ni.. kami dgr qamai dok kena dh skrg.. hampa semua hati2 na … ? . #cheta #zain #rcw #rozitachewan #zsrxw #covid19 ? Muhasabah Cinta – Lia Syila

SKIP THIS AD ×