Chef restoran terkenal di Singapura, Chef Gero DiMaria dari Restoran Itali Kucina menyorot perhatian selepas memuji kualiti mentega keluaran Farm Fresh.

Artikel Berkaitan: Pengasas Farm Fresh, Loi Tuan Ee Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Endeavor Malaysia

Artikel Berkaitan: Kumpul, Kongsi Dan Menang Hadiah Wang Tunai Sehingga RM64,000 Dari Farm Fresh!

Mentega berkualiti

Menerusi perkongsian di TikTok, Chef Gero DiMaria atau lebih mesra dikenali Chef G berkata ujian rasa itu hanya dilakukan pada versi mentega salted.

Saya telah mendapat permintaan sejak dua bulan lalu untuk mencuba mentega Farm Fresh

Macam saya katakan, saya baru balik dari Johor Bahru dan saya telah beli mentega tersebut. Pasar raya itu hanya ada versi salted sahaja.

Jadi saya akan merasa mentega itu secara live di hadapan anda semua.

Tiga ujian semak kualiti

Difahamkan, dia akan melakukan tiga jenis ujian untuk menyemak kualiti mentega Farm Fresh.

Ujian pertama yang dilakukan adalah melt test, yang kedua pula Chef G akan merasa mentega tersebut dan ketiga diuji dengan meletakkan di atas roti untuk dimakan begitu sahaja.

Saya tidak nampak percikan semasa masak dan mentega ini mempunyai kualiti.

Rasanya sangat ringan, tiada banyak rasa masam yang biasa ada pada mentega kultur. Rasa masinnya, sangat sederhana.

Mentega yang bagus. Lulus ujian saya. Memang bagus.

Untuk makluman, Chef Gero DiMaria merupakan seorang mualaf Itali yang telah menubuhkan Restoran Itali Kucina dan ia telah diiktiraf halal oleh MUIS di Singapura.

Sumber: TikTok