Pengasas jenama fesyen terkenal iaitu Christy Ng melakukan satu inisiatif demi memudahkan pekerjanya yang beragama Islam.
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Melukis, Mewarna’ – Usaha Masjid Negeri Ipoh Sediakan Zon Kanak-Kanak Ketika Tarawih Dipuji Ibu Bapa
Nak beri terbaik buat staf
@christyemilyloveSolat jangan tak solat? original sound – Christy Ng ?
Menerusi perkongsian di TikTok, Christy memaklumkan dia terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyiapkan surau kerana mahu memberikan yang terbaik buat pekerjanya.
Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna untuk semua staf saya yang beragama Islam.
Surau yang kita nanti-nantikan sudah pun siap.
Saya mengambil masa yang sedikit lama untuk siapkan surau ini sebab nak berikan yang terbaik.
Ruang ini dulu adalah bilik kosong yang terbiar. Tengoklah bilik ini, agak teruk juga keadaan dia.
Jadi, saya fikir nak buat bilik ini sebagai surau untuk bagi keselesaan dan ketenangan buat staf. Baru lah solat jadi lebih khusyuk kan?
Staf perlu berhimpit untuk solat
Dalam pada itu, Christy memaklumkan dia mula terfikir untuk membuat surau di pejabatnya selepas pertambahan pekerja beragama Islam.
Menurut anak jati Kluang, Johor ini, dia juga tidak sampai hati melihat pekerjanya yang perlu menunggu giliran dan berhimpit ketika solat di sebuah bilik kecil yang terletak di pejabatnya.
Sebelum ini, semua staf solat di dalam sebuah bilik kosong ini tapi bilik ini menjadi lebih sempit apabila saya mempunyai pertambahan staf.
Sampaikan ada yang kena tunggu giliran untuk solat. Saya juga tak sampai hati tengok mereka berhimpit.
Di akhir perkongsian, Christy berharap agar inisiatifnya itu dapat membantu syarikatnya menjadi lebih diberkati dan dirahmati Tuhan.
Dalam masa yang sama, usahawan berusia 37 tahun ini menitipkan pesan kepada pekerjanya untuk tidak menjadikan surau tersebut sebagai tempat untuk ponteng kerja.
Bila surau pun dah siap, jadi tak salah untuk minta mereka doakan agar syarikat ini sentiasa diberkati dan dirahmati.
Biar kita semua berada di bawah lindungan-Nya.
Kewajipan saya sebagai seorang majikan sudah pun ditunaikan, kini tinggal kewajipan masing-masing pula.
Jangan jadikan surau ini tempat ponteng kerja ya.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Christy yang begitu prihatin dengan pekerjanya yang beragama Islam.
Mereka juga mendoakan agar perniagaan Christy terus berkembang maju di masa akan datang.
Sumber: TikTok