Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian apabila lancar berbahasa Cina sewaktu sedang bercuti ke China.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Lancar Baca Surah Ad-Dhuha, Amal Sejak Umur Tujuh Tahun – ‘Macam Mak Dia Suka Baca Al-Quran’

Cik B Faris berbahasa Cina

@cikb_salmonskin_hq susah la kalau mama x de,,cikb tepaksa ganti bahasa mama?#datoserivida #cikbhavoc #salmonskincikbsedap #fyp??viral #salmonskincikb #masukberandafyp #pageforyou #lifestyle ? original sound – CIK B SALMON SKIN HQ

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dilihat sedang mencari pakaian di sebuah kedai di sana.

Dapat dilihat, Cik B begitu fasih berbahasa cina ketika bertanyakan beberapa perkara seperti warna, saiz dan kualiti baju yang dijual.

Susah lah kalau mama tak ada, Cik B terpaksa ganti bahasa mama.

Best shopping di sini, korang.

Semuanya original ya bukan tiruan.

Perkongsian itu kemudiannya meraih lebih 360,000 tontonan dan lebih 15,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka Cik B mengikut jejak langkah ibunya, Datuk Seri Vida yang begitu fasih berbahasa Cina.

Komen netizen

Sumber: TikTok Cik B