Usahawan dan pempengaruh Cik Epal tenang jalani kehidupan setelah bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, Han dan Yuki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bikin Panas! Cik Epal Bawa Han Gunting Rambut Dengan Bekas Suami Dewi? – ‘Someone Is Shaking’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dewi Kongsi Kronologi Sebenar, Dakwa Cik Epal Mengamuk & Campak Barang Rumah – ‘Dia Tarik Saya Hemp*p Ke Lantai, Cak*r Muka’

Kurang aktif di media sosial

Ketika ditemui OhBulan!, Cik Epal atau nama lengkapnya Nur Munirah Mahmood mengulas mengenai hantarannya di media sosial yang dilihat semakin kurang aktif.

Menurut Cik Epal, kematangan fasa kehidupan adalah salah satu punca utama.

Saya ini jenis tidak kacau orang.

Tapi kalau orang kacau saya, barulah saya bertindak.

Kalau tak ada sesiapa yang usik, saya lebih selesa buat hal sendiri sahaja.

Cik Epal berkata demikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Melodi Terhangat (AMT 25) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Fokus pada anak

Berkongsi lebih lanjut, pemenang Anugerah Selebriti Trending Terhangat akui menempuh beberapa perubahan dalam kehidupan yang memberi kestabilan daripada segi emosi.

Tambahnya, fokus utama adalah pada diri sendiri dan anak-anak.

Dari segi emosi saya rasa jauh lebih baik dan semakin tenang.

Bila sudah bujang, saya lebih fokus pada diri sendiri dan anak-anak.

Tidak ada gangguan lain yang buat kita rasa nak ‘overthinking’ atau apa sahaja.

Saya pilih untuk ikut arus kehidupan, apa sahaja yang datang, saya hadapi dengan hati terbuka.

Terdahulu, Cik Epal dan usahawan piza wagyu, Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Rumah tangga mereka bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi, Dewi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai tahun lalu selepas 10 tahun bersama.