![[VIDEO] Cik Epal Sebak Titip Ucapan Buat Han & Yuki – ‘Doakan Saya & Anak-Anak Dapat Teruskan Kehidupan Dengan Tenang’](https://media.ohbulan.com/2025/05/cik-epal-birthday.jpg)
Pempengaruh sensasi, Cik Epal tidak dapat menahan sebak ketika memberi ucapan semasa menyambut ulang tahun kelahiran anak-anaknya, Han dan Yuki pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Tular Foto Keadaan Terkini Wajah Cik Epal, Dr. Raihana Tak Sangka Jadi Makin Teruk – ‘Ambil Sedikit Masa Untuk Sembuh’
Artikel Berkaitan: Cik Epal Tak Kisah Menjanda, Dakwa Selalu ‘Depress’ Ketika Bergelar Isteri – ‘Aku Tak Nak Cari Lelaki Untuk Senang Atau Menang’
Cik Epal menangis
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Murni Mahmud memuat naik video memaparkan suasana majlis sambutan hari jadi Han dan Yuki yang diadakan di ibu kota.
Bekas isteri kepada Jofliam itu, memilih dua tema buat anak-anaknya iaitu Liverpool dan Kuromi.
Ketika diminta untuk berucap, Cik Epal menitipkan doa supaya dia dan anak-anaknya dapat menjalani kehidupan dengan baik pada masa akan datang.
Semoga Han dan Yuki membesar dengan baik dan dikelilingi dengan orang-orang yang sayang mereka.
Doakan Han, Yuki dan saya dapat teruskan kehidupan ini dengan baik dan tenang.
Dalam pada itu, warganet turut mendoakan agar urusan ibu tunggal dua anak itu dipermudahkan pada masa akan datang.
Sesetengah netizen turut mendoakan agar urusan ibu tunggal dua anak itu dimudahkan pada masa akan datang.
Netizen pun sebak
Sumber: Instagram