berita

[VIDEO] Cover Lagu Finalis #AJL33 Nyanyian Caliph Buskers Memang Power!

January 25th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kehangatan Anugerah Juara Lagu 33 (AJL) semakin terasa dan bakal menyaksikan 12 buah lagu berentap di Axiata Arena, Bukit Jalil tidak lama lagi. Sepastinya ramai peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan anugerah berprestij itu.

Ada mengambil peluang ini untuk membuat cover, begitu juga dengan kumpulan Caliph Busker. Cuba amati lagu-lagu cover AJL yang dinyanyikan kumpulan ini. Memang power!

Cover lagu finalist #AJL33

Kumpulan Caliph Buskers pernah mengejutkan semua penonton pada Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) menerusi lagu Romancinta nyanyian kumpulan Mojo. Keputusan dan kepercayaan dari Edry Abd Halim itu telah membuka peluang kepada kumpulan ini melangkah masuk ke dalam industri muzik tanah air.

Cover lagu finalis #AJL33 nyanyian Caliph Buskers ini telah mendapat perhatian ramai untuk menyaksikannya sampai habis. Antara lagu finalis #AJL33 termasuk lagu Bunga, Hajat, Tak Pernah Hilang dan banyak lagi.

Power semua tapau habis

Suara Nadira memang sedap

Tidak dapat dinafikan lagi bakat nyanyian yang ada pada setiap ahli kumpulan Caliph Busker ini. Memang power! Jadi, jangan lupa untuk saksikan Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) pada 3 Februari 2019, Ahad di Axiata Arena tidak lama lagi.

Sumber: Faithful Music

SKIP THIS AD ×