Penasihat kewangan, Faiz Azmi menegaskan kepentingan bagi seorang ayah untuk melunaskan nafkah buat anak.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Dakwa Norman Hakim Culas Nafkah Anak-Anak Selama 17 Tahun? – ‘Beli Pula Kereta Sport, Lagilah Membara Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Nafkah – ‘Tengok Anak Pun Tak, Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna’

Culas nafkah, harta disita

@financialfaiz

Tak bayar nafkah, harta disita Kepada korang yang tak nak bagi nafkah anak tu, jangan harap boleh terlepas lagi untuk tunaikan tanggungjawab. #financialfaiz #nafkah #cerai #anak #ayah

♬ original sound – Financial Faiz – Financial Faiz

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Faiz menyediakan beberapa sumber mengenai akibat jika bekas suami tidak menyempurnakan nafkah.

Ujarnya lanjut, tindakan sesetengah lelaki yang culas membayar nafkah anak bakal disita simpanan mereka.

Nafkah bukan pilihan.

Bekas-bekas suami yang culas bayar nafkah sebelum ini, bersedia ya. Untuk simpanan, korang akan disita.

Kes penceraian sekarang ini sudah dianggap sebagai satu perkara biasa.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan bekerjsama dengan Bank Negara Malaysia untuk sita simpanan bekas suami yang lari dari tanggungjawab untuk bayar nafkah.

Walaupun perkara ini masih dalam perbincangan dewan rakyat, korang yang lelaki memang patut risau.

‘Nafkah bukan pilihan’

Dalam pada itu, Faiz sempat menitipkan pesanan buat para lelaki yang bergelar ayah untuk menjalankan tanggungjawab dengan menyediakan keperluan asas buat anak.

Tambahnya, nafkah bukan pilihan namun menjadi kewajipan buat golongan lelaki berstatus seorang ayah.

Disebabkan sikap sesetengah lelaki yang tidak sejati ini, habis susah semua orang.

Kalau masih bercinta, boleh janji bulan bintang. Tapi bila dah bercerai, jangan lah mengelak tanggungjawab.

Ini adalah kewajipan kita sebagai ayah. Jangan tunggu akaun korang dah beku baru nak sedar.

Anak adalah darah daging kau, dia tak minta pun untuk dilahirkan di dunia ini.

Jadi, anak itu ada hak untuk dapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal dan kasih sayang secukupnya.

Sumber: TikTok @FinancialFaiz