Pelakon Abby Abadi menerima kritikan selepas mendakwa bahawa bekas suaminya, Norman Hakim, tidak menunaikan tanggungjawab nafkah terhadap tiga anak mereka sejak bercerai 17 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dah Sampai Masa Kita Bawa Diri, Elok Kita Lakukan’ – Suami Abby Abadi

Artikel Berkaitan: Tiada Maaf Bagimu, Abby Abadi Tak Mahu Aslam Datang Berjumpa – ‘Saya Tiada Menantu Berstatus Suami Orang’

‘Saya usahakan ini untuk anak-anak’

Susulan daripada pendedahan itu, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mendakwa selepas perceraian berlaku, Norman dikatakan tidak mengambil berat mengenai keperluan harian tiga anak mereka iaitu Danish, Dania dan Danisha.

17 tahun, lama tu. Bukan jangka masa yang pendek. Saya usahakan ini untuk anak-anak yang dia tinggalkan dengan Danish, Dania, Danisha.

Berkaitan duit belanja sekolah, yuran sekolah, bukan tak bagi langsung. Bagi, sekolah kami uruskan sama-sama. Tapi yang paling jelas tempat tinggal, makan minum harian dari kecik.

Beli pula kereta sport segala, lagilah membara saya. Saya hint masa birthday anak, belikan anak ni kereta, dia buat tak tahu juga ya. Sudahnya anak tu beli kereta berhutang 9 tahun.

Suruh beli bukan sebab tak nak anak berdikari tapi sebab bapaknya mampu dah kan. Apalah sangat, dulu tak ada, saya biar je anak pakai kereta lama saya yang dah 20 tahun tu.

Dalam pada itu, Abby berkata sudah banyak kali memberi ‘hint’, namun bekas suaminya itu didakwa tetap tidak mengambil peduli.

Tapi boleh tengok sendiri kan? Masa susah sama-sama je kesana sini, bila senang diorang saja.

Selama ni dah baikkan? Ye, memang baik. Sangat-sangat baik. Memang tak terfikir nak luahkan sampai macam ni. Pernah dah, hint banyak kali tapi dia buat tak tahu je ye.

‘Saya tak dengki pun’

Pelakon drama bersiri Gerak Khas ini juga menepis tuduhan segelintir netizen yang beranggapan dia cemburu dengan kehidupan mewah Norman dan isteri, Memey Suhaiza.

Sebaliknya Abby memberitahu bahawa dia hanya berharap agar bekas suaminya itu dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama anak-anak mereka.

Saya tak dengki pun. Sebab saya berharap, bila dah kaya tentu anak-anak dapat menumpang sama tapi nampakkan, anak-anak saya tak ikut pun diorang bercuti. Tang bercuti, enjoy kesana sini tu takpelah. Hak masing-masing, saya tak peduli.

Sebelum ni kalau berjalan, berkumpul memang kami guna konsep tong2 (tu urusan saya dengan isterinya yg tersayang) demi anak-anak. Tapi sekarang susah dah nak bercuti sekali sebab diorang T20 dah.

Saya ni dari dulu B40, berangan2 je macam T20. Tapi sekarang pun tak boleh kejar dah untuk kesana sini, bayar sama-sama. Ajak pun tidak, itu yang sebenarnya. Masa saya hidup ni nampak memang bila ada kemampuan lebih, syok sendiri je dia.

Abby menegaskan dia akan memperjuangkan isu tuntutan nafkah meskipun anak-anak mungkin tidak terlalu mengambil berat mengenai perkara tersebut.

Kalau saya meninggal? tak tuntut sekarang, anak-anak saya tak merasa apa-apa pun dari dia.

Sekarang dah besar, anak usaha dah cari duit sendiri, pandai pun beli sendiri. Jadi saya memang pasti anak-anak takde isu dekat sini. Yang ada isu Mamanya nak tuntut duit makan minum harian dan tempat tinggal dari mula bercerai 17 tahun dulu.

Sumber: Threads Abby Abadi