berita

[VIDEO] Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Musa, Noh Salleh Persoal Mizz Nina – ‘Apa Bukti Dia Penjaga Tunggal Musa?’

February 6th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh tampil membidas dakwaan Mizz Nina yang mengatakan dirinya merupakan satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Dakwa Dianiaya, Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak – ‘Apa Permainan Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Mizz Nina Selar Tindakan Noh Salleh Dedah Identiti Musa & Ibu Kandung – ‘Itu Bukan Nama Sebenar Dia’

‘Apa bukti dia penjaga tunggal Musa?’

Ketika ditemui OhBulan!, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh mendakwa sehingga ke hari ini bekas isterinya itu gagal untuk menunjukkan sebarang dokumen yang mengesahkan dirinya sebagai penjaga tunggal kepada Musa.

Ibu kandung Musa juga telah membenarkan saya untuk menjaganya menerusi akuan berkanun yang dia sendiri serahkan kepada saya. Kami telah buktikan dan tunjuk surat itu kepada pihak Nina.

Dan nama saya juga dinyatakan sebagai penjaga sah Musa dalam dokumen yang saya sendiri daftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa ditemani Nina. Jadi mana kebenaran atas dakwaan yang nama saya tidak dinyatakan dalam dokumen tersebut?

Dan apa buktinya yang dia penjaga tunggal Musa yang sah? Mana dokumen yang menyokong dakwaan tersebut? Nampak tak macam mana dia bermain dengan semua dakwaan ini? Saya boleh buka semua bukti dari awal, sebab semuanya ada bersama saya. Tetapi saya tak mahu dedahkan aib bekas isteri saya.

Noh berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

Sementara itu, pelantun lagu ‘Angin Kencang’ tersebut menafikan dakwaan mengatakan dirinya tidak pernah mengambil berat tentang Musa selepas bercerai dengan Nina.

Noh mendakwa Nina telah menyekat nombor telefonnya sekaligus menyukarkan dirinya untuk berhubung dengan aktivis kemanusiaan itu.

Saya boleh buktikan yang dia menyekat komunikasi dengan menyekat nombor saya. Saya ada bahan (bukti) yang membuktikan saya telah menghubungi ibunya, pembantu peribadinya, kakak iparnya. Semua sekat nombor saya.

Jadi untuk dia mendakwa saya tak pernah datang untuk berjumpa Musa selepas kami bercerai adalah tidak benar sama sekali. Dia dah sepenuhnya sekat saya.”

Semalam, Mizz Nina yang diwakili peguam dan suami memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkatnya, Musa.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya. Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan. Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Noh kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.

SKIP THIS AD ×