berita

[VIDEO] ‘Dalam Kedai Ada Budak Hitam Berlegar, Bila Anak Kecil Pandang Atas Terus Nangis Tak Henti’

July 16th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sihir adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia.

Kepercayaan khurafat ini menjadi pilihan segelintir manusia yang gagal mengawal nafsu tamak dan iri hati terhadap kejayaan serta kehidupan orang lain termasuk dalam kalangan para peniaga.

Dah kali yang kedua

Di Instagram, seorang pengusaha kedai makan yang dikenali sebagai Ashry berkongsi pengalaman terkena gangguan sihir atau ilmu hitam. Lebih teruk, pekerjanya turut menerima tempias daripada gangguan tersebut.

Sebenarnya tak suka post benda macam ni tapi ni dah kali kedua. Kali pertama staff jadi huru hara sakit teruk, dalam kedai ada budak hitam berlegar legar, bila customer masuk bawak budak, budak pandang atas terus menangis tanpa henti dan keluarga pun terus keluar.

Menurut Ashry, kejadian pertama berlaku pada bulan November tahun lalu apabila semua pekerjanya mengalami sakit yang teruk. Bukan itu sahaja, mereka turut melihat kelibat hitam berlegar-legar di dalam kedai. Lebih teruk, pelanggan yang membawa anak kecil terpaksa membatalkan hasrat untuk makan di kedainya.

Berikutan daripada itu, Ashry berkata dengan izin Allah mereka semua sudah sembuh.

Berlaku pada tahun lepas november dan saya tak pernah buka dekat sesiapa kecuali kawan rapat.

Terbaru, Ashry berkata dia dan pekerjanya masih terkena gangguan tersebut.

Ni pulak ada lagi hanya Allah je tahu luruhnya perasaan aku. Hanya Allah tempat aku bergantung untuk dijauhkan dengan perkara syirik ni. Jika ini satu ancaman, aku berdoa perbuatan ini terbatal dan dijauhkan dari aku dan team aku.

Aku hanya menumpang rezeki padamu ya Allah. i have worked really hard to get where i am today. Success is never easy but i never give up! Doakan aku kuat!

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@ashhryyyyyy)

Sumber: Ashry

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×