Perbuatan khurafat seperti mengamalkan sihir dan ilmu hitam adalah salah satu perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Walaupun begitu, masih ada individu tergamak melakukan perbuatan keji itu untuk menganiaya orang lain hanya kerana perasaan hasad dengki.
Seperti perkongsian seorang wanita yang dikenali dengan nama Azieyla Johan menceritakan pengalamannya apabila terkena sihir yang dihantar oleh individu tidak bertanggungjawab.
Jumpa bungkusan kain putih
Menerusi video pendek yang dikongsikan di akaun TikTok memaparkan bungkusan kain berwarna putih yang dipercayai didalamnya mengandungi campuran garam, lada hitam, paku benang merah dan kain batik. Difahamkannya, ianya bertujuan untuk menghantar santau dan saka. Menurut wanita ini, dia telah memanggil pengamal perubatan islam untuk berubat dan membuang sihir terbabit.
Ustaz tersebut kemudian membaca ayat suci Al-Quran sambil menuang minyak masak ke atas bungkusan berkenaan. Tetapi alangkah terkejutnya apabila mereka melihat bungkusan tersebut mengeluarkan asap sedangkan minyak yang dituang tidak panas. Jelasnya lagi, kini semuanya sudah selesai dan berharap agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang.
Dalam kesempatan itu, wanita ini menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam memilih kawan dan jangan terlalu mempercayai seseorang itu. Hal ini kerana ada juga dalam kalangan orang yang rapat dengan kita sebenarnya mempunyai niat jahat terhadap kita.
Bungkusan putih
@azieylajohanAllahhuakbar takut nya tengok.. Bukan nak aib sesiapa .. Untuk pengajaran diri sendiri .. tak perlu berbuat baik sangat orang . tak semua sukakan kita? original sound – Maya Abiah
Bungkusan berasap
@azieylajohanKita cuma ikhtiar untuk sembuh.. segalanya berserah pada Allah S.W.T ?? original sound – hhjsnnsjskkhggag-1/4@ – @ade86#
‘Darah dah jadi hitam’
Sumber: Azieyla Johan