Semua sedia maklum, walaupun kerajaan sudah membenarkan orang ramai untuk solat jemaah di masjid namun beberapa SOP telah ditetapkan contohnya mengamalkan jarak sosial untuk mengelakkan penularan Covid.

Terbaru seorang pengembara dan pengacara dikenali ramai, Mat Dan luah rasa terkilan kerana tidak dibenarkan masuk ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah. Perkongsian itu turut mengundang simpati orang ramai yang turut sama sebak melihat video tersebut.

Sedih tak dapat solat Jumaat

 

View this post on Instagram

 

Mintak pandangan anda semua…?

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on Jul 16, 2020 at 9:59pm PDT

Agak sedih hari ini. Pukul 12 saya tunggu di masjid rumah saya dan abang Rela kita tak bagi masuk. Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP, semua ada tapi sebab bukan warganegara.

Mat Dan dilihat sebak meluahkan rasa terkilan tidak dapat masuk ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana dia bukan warganegara Malaysia. Malah dia turut berkongsi pengalaman di Mekah dimana tidak mengenal kulit, bangsa atau rupa.

Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP.

Walau bagaimanapun, Mat Dan dilihat redha dengan SOP ditetapkan dimana warga asing tidak dibenarkan masuk dan berterima kasih kepada semua pandangan yang diberikan. Video pendek itu turut melahirkan rasa simpati orang ramai yang faham perasaan yang dialami selebriti itu.

Ramai suruh sabar

Sumber : Mat Dan