berita

[VIDEO] Datuk Red Kongsi Detik Perkenalan Dengan Adira – ‘Selepas Dua Minggu Kenal, Selamba Saya Ajak Dia Kahwin’

March 29th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red mencuri perhatian apabila berkongsi detik awal perkenalan dengan isteri keduanya itu pada tahun 2015.

Artikel Berkaitan: Adira Menangis Tengok Video Datuk Red Ditemu Bual Media?

Ajak kahwin lepas dua minggu kenal

@ohbulanofficial Replying to @Rinakhori Therapist and Spa Datuk Red kongsi perkenalan dengan Adira dan macam mana boleh nak kahwin ? #ohbulan #sembangentertainment #datukred #mengorat #adirasuhaimi ? original sound – OHBULAN!

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red mendedahkan dia dan Adira mula berkenalan ketika dia mengusahakan syarikat berasaskan industri hiburan dan perfileman.

Saya dulu buat syarikat berasaskan industri hiburan dan perfileman dan waktu itu dapat ‘job’ di Sarawak bernilai RM20,000 dan penganjur waktu itu minta untuk saya bawakan artis.

Jadi para pekerja saya cadang untuk ambil Adira sebagai penyanyi jemputan tapi kami tak mampu dengan bajet itu sebab kami juga perlu bawa lagi beberapa artis.

Bincang punya bincang jadi kami pun setuju untuk ‘offer’ kakak Adira iaitu Emma dan ‘event’ tu pun berjalan lancar.

Bila balik ke semenanjung kami pun lepak dengan Emma di sebuah restoran mamak tapi Adira tak ada, jadi saya pun minta pekerja saya untuk pelawa Adira ‘join’ kami sekali.

Tambah Datuk Red, mereka kemudiannya bertukar nombor telefon bagi memudahkan mereka untuk berurusan.

Selepas kira-kira dua minggu bertukar hantaran mesej, usahawan berusia 46 tahun ini mendedahkan dirinya memberanikan diri mengajak Adira untuk berkahwin.

Saya muda masa itu, otak pula ‘gila-gila’ terus saya hantar satu mesej pada Adira, ‘You, kita kahwin jom?’. Selamba ja saya hantar mesej itu.

Adira pun balas, ‘Eh you bukan ada isteri ke? Macam mana dengan isteri you?’. Saya pun jujur kata yang saya ada isteri dan dia baru lepas bersalin.

Selepas sehari dua macam itu, Adira balas mesej saya sekali lagi mengatakan dia setuju dengan lamaran saya.

‘Adira terima sebab saya jujur’

Sebelum mereka mendirikan rumah tangga, Datuk Red memaklumkan dia ada bertanyakan soalan mengapa Adira menerima lamarannya dan bersetuju untuk menjadi isteri kepadanya.

Bila kami dah nak kahwin, saya tanya pada dia kenapa dia nak kahwin dengan saya?

Adira jawab sepanjang dia berada dalam industri hiburan, dia sudah mengenali dengan ramai lelaki terutamanya lelaki yang dah kahwin.

Adira kata, kebanyakkan orang yang dah kahwin bila tanya kenapa nak kahwin dengan dia, mereka mesti akan memburukkan isteri pertama hanya semata untuk memperisterikan dia.

Lepas itu Adira cakap dia pilih dan terima saya sebab saya jujur tak macam itu.

Hantaran tersebut pastinya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya teruja mendengar perkongsian Datuk Red.

Namun begitu, ada juga yang mempertikaikan tindakan Datuk Red yang mengajak Adira untuk berkahwin hanya beberapa ketika selepas isteri pertamanya, Datin Red melahirkan anak mereka.

Komen netizen

SKIP THIS AD ×