berita

[VIDEO] Detik Cemas 2 Wanita Terjatuh Dari Buaian Di Lereng Gunung Berketinggian Lebih 6 Ribu Kaki

July 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau! Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan detik cemas dilalui dua wanita ini apabila rantai besi buaian yang dinaiki mereka secara tiba-tiba telah tersentak sehingga menyebabkan mereka terjatuh dari buaian di lereng gunung yang berketinggian 6,300 kaki.

Jatuh dari ketinggian 6300 kaki

Memetik laporan NDTV, insiden tersebut dipercayai berlaku di Canyon Sulak, Rusia iaitu salah satu tempat yang menjadi daya tarikan pelancong kerana kawasan tersebut mempunyai sebuah buaian besar di tepi lereng bukit. Kebanyakan pelancong akan mengambil peluang dengan merakam momen mereka ketika menaiki buaian tersebut. Sama seperti dua wanita ini yang kelihatan sangat teruja apabila tiba giliran mereka menaiki permainan itu.

Siapa sangka, keterujaan mereka akhirnya menjadi satu mimpi ngeri apabila salah satu rantai besi buaian yang dinaiki mereka dipercayai tersentak ketika sedang berayun di ‘udara’. Keadaan tersebut menyebabkan tempat duduk buaian itu terbalik sebelum kedua-dua wanita ini terjatuh dari ketinggian 6,300 kaki. Namun, kedua-dua mangsa bernasib baik kerana sempat mendarat di satu paltform kayu yang terletak di lereng gunung tersebut.

Difahamkan, mereka yang telah diselamatkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Susulan daripada insiden cemas itu, kawasan pelancongan terbabit telah diarahkan tutup dan Kementerian Pelacongan Dagestan memaklumkan bahawa buaian tersebut ‘tidak memenuhi piawaian keselamatan’.

Detik cemas jatuh buaian

Sumber: NDTV, Twitter

SKIP THIS AD ×