![[VIDEO] Detik Cemas Dua Anak Aleeya Zailan ‘Hilang’ Di Amerika](https://asset.ohbulan.com/2025/06/big-boss-1.jpg)
Suami kepada usahawan terkenal, Aleeya Zailan iaitu Azri Aziz berkongsi detik cemas apabila dua anaknya didapati ‘hilang’ di sebuah taman tema air di Amerika Syarikat.
Artikel Berkaitan: Anak Aleeya Zailan Beli Barang Jualan Budak Darjah 4
Artikel Berkaitan: Aleeya Zailan Jelas Dakwaan Lantik Marissa Dania Sebagai Duta Produk – ‘Dia Datang Dengar Talk Je, Kena Fitnah Sampai Ada Yang Nak Boikot’
‘Kisah hilang anak di Amerika Syarikat’
Berkongsi kembali kisah itu, Azri atau lebih mesra dengan panggilan ‘Big Boss’ memaklumkan, kejadian itu berlaku ketika dia membenarkan dua anaknya iaitu Aaron dan Alicia menaiki gelongsor di taman tema tersebut tanpa ditemani.
Tambah Azri lagi, sepatutnya mereka bertemu semula di kawasan keluar gelongsor tersebut. Namun, setelah lebih 20 minit menunggu, dua anaknya itu masih belum muncul.
Bigboss kata jumpa dekat ride exit. Tunggu punya tunggu tak keluar. Puas tanya lifeguard, masa ni dah risau habis dah.
Mana pergi diorang ni, dah 20minit berlalu, tak akan tak turun turun lagi. Tanya lagi staff dekat situ, diorang radiokan staff lifeguard atas tanya ada ke 2 budak rupa macam Aaron dan Alicia, pun tak jumpa. Masa ni dah 40 min berlalu.
Selepas hampir sejam, Azri mengambil keputusan untuk mencari sendiri di seluruh taman tema walaupun terpaksa berjalan kaki tanpa selipar dalam keadaan panas terik.
Namun, siapa sangka usahanya membuahkan hasil apabila berjaya menemui dua anaknya itu dalam keadaan selamat.
Alhamdulillah terjumpa budak berdua ni tunggu dekat tempat kitorang letak selipar dekat kawasan mula-mula nak masuk lazy river yang air cetek tu.
Susulan daripada kejadian itu, Azri turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa menetapkan lokasi pertemuan sekiranya terpisah di tempat awam, terutama apabila berada di kawasan yang luas dan sesak.
Bila tanya Aaron dia kata dia keluar ride tak nampak bigboss so dia terus pusing balik ke tempat selipar tu sebab dah janji kalau sesat jumpa sana.
Sumber: TikTok








