Keberanian dan tindakan pantas orang awam menyelamatkan seorang lelaki warga Bangladesh yang hayut di Sungai Gombak mendapat pujian ramai. Menerusi video viral di media sosial, dua individu dilihat turun mendekati mangsa sebelum menarik menggunakan tali.
Harian Metro melaporkan, mangsa berada di tebing sungai sedang melakukan kerja penyelenggaraan sebelum dibawa kepala air dan hanyut kira-kira 300 meter.
Tahniah orang awam
Menerusi Harian Metro, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Fadil Hesam Mohamed berkata, ketika mangsa terjatuh ke dalam sungai rakan yang berada di tebing mengikuti pergerakan dari darat.
Daripada maklumat kami terima, sebelum kejadian, mangsa iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berada di platform di tepi sungai berkenaan dan sedang melakukan kerja penyelenggaraan.
Bagaimanapun, dia dihanyutkan air sungai yang menerjah secara tiba-tiba dan hanyut sejauh kira-kira 300 meter. Kawan mangsa yang berada di tepi tebing mengikut pergerakan mangsa dari darat.
Mangsa selamat dibawa naik dan dibawa ke HKL. Kami mengucap ribuan terima kasih kepada orang awam yang berada di lokasi dan membantu pihak bomba.
Dengan bantuan orang awam, mangsa selamat ditarik ke tebing dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Dapat pujian netizen
Sumber : Harian Metro , Saidila Abdul Rahman