berita

[VIDEO] ‘Dia Jerit Macam Teruja Nampak Saya’ – Da’i Syed Dedah Pernah Terserempak Dengan Pemfitnah Ketika Berjalan Bersama Isteri

August 29th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Da'i Syed Terserempak Dengan Pemfitnah

Pendakwah bebas, Da’i Syed mendakwa dia dan isteri, Hana Ismail pernah terserempak dengan pemfitnah yang memuat naik video di TikTok, Nurul Atiqah di sebuah kondominium di Shah Alam beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan: Da’i Syed Dakwa Difitnah Dua Wanita, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

‘Dia jerit macam lama tak jumpa’

Da'i Syed Terserempak Dengan Pemfitnah

Ketika ditemui OhBulan!, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 28, berkata ketika kejadian, dia dan isterinya sedang berada di dalam lift untuk turun ke tempat letak kereta di kondominium tersebut.

Secara tiba-tiba dia terdengar suara seorang wanita memanggilnya dalam keadaan yang begitu teruja sekali.

Sebulan yang lalu, saya dan keluarga pada waktu itu kami sedang berehat di sebuah rumah milik Hana di Shah Alam.

Masa kami sedang berehat tu saya ajak Hana untuk keluar bersiar-siar berduaan.

Ketika kami hendak masuk ke dalam lift berdua tu, saya nampak ada sepasang lelaki dan wanita tetapi saya tak perasan siapa.

Dalam perjalanan turun ke tempat letak kereta itu tiba-tiba saya terdengar suara seorang perempuan memanggil dan menjerit nama saya umpama lama tak berjumpa.

Jadi saya pun pusing dan bila saya pusing tu saya terus, ‘Ya Allah’. Siapa saya jumpa?  Saya jumpa Nurul Atiqah.

Dia pun tepuk teman lelaki dia dan cakap, ‘Eh itulah Da’i Syed’.

Syed berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media tergempar yang diadakan di Eastin Hotel, Petaling Jaya pada petang Isnin.

Dakwa Syed lagi, individu terbabit berterusan menjerit namanya ketika dia sudah pun keluar dari lift tersebut.

Saya jadi macam terkaku jadi bila saya sampai di tingkat yang saya tuju, saya pun keluar dan masa saya keluar dari lift tu, dia jerit lagi nama saya.

Tapi saya pun terus berlalu pergi dengan isteri saya.

Bila saya masuk dalam kereta, Hana macam marahkan saya kerana melayan orang awam sebegitu tetapi saya terangkan perkara sebenar kepada Hana bahawa itulah individu yang buat laporan polis terhadap saya sebelum ini.

‘Ini bukan reaksi sebenar kalau betul dia mangsa’

Da'i Syed Terserempak Dengan Pemfitnah

Sementara itu, isteri kepada Syed, Hana mendedahkan dia agak terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan individu tersebut ketika terserempak dengan suaminya.

Saya sebenarnya terkejut sebab orang yang menjadi mangsa kepada seorang pemangsa tidak akan beri reaksi seolah-olah dia teruja ketika berjumpa dengan pemangsa.

Jadi sebab itu pada awalnya saya sangkakan dia adalah seorang peminat atau kawan lama kepada suami saya.

Tapi bila tahu siapa dia yang sebenarnya saya rasakan itu bukan reaksi sebenar seorang mangsa yang mendakwa dirinya mengalami tekanan perasaan ketika bertemu dengan si pemangsa yang dikatakan melakukan perbuatan rogol kepadanya.

Kalau kita berjumpa dengan orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu kepada kita, adakah kita akan menunjukkan reaksi sebegitu rupa?

Terdahulu, seorang individu yang dikenali Nurul Atiqah dilihat memuat naik keratan video mengenai kes rogol yang membabitkan Da’i Syed dengan menggunakan nama @chempakasuri97 di TikTok beberapa hari yang lalu.

Wanita yang mendakwa mangsa rogol kepada pendakwah itu juga turut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan kepada isterinya sebagai kifarah di atas perbuatannya sebelum ini.

Sekadar info, Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

SKIP THIS AD ×