Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida mendedahkan wanita yang menceroboh rumahnya di kampung mendakwa Datuk Seri Aliff Syukri pernah berjanji untuk berkahwin ketika berada di Kemboja

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Sebak ‘Bik Tudung’ Pulang Ke Indonesia

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Tersentuh, Lelaki Kayuh Basikal 10KM Ambil Zakat

Barang rumah dijual

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid berkata wanita yang didakwa penagih dadah itu mengakui Aliff adalah suaminya.

Dekat katil yang dia tidur ada satu gambar Aliff.

Saya hairan sebab bingkai gambar lain semua dia tanggalkan tetapi gambar Aliff dia tidak tanggalkan.

Bila tanya, individu itu jawab, ‘ini suami saya’.

Katanya, dia datang ke Malaysia kerana mahu menuntut janji mahu mendirikan rumah tangga bersama Aliff.

Sementara itu, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, mendakwa rumahnya yang dulu lengkap dengan barangan telah menjadi porak-peranda selepas individu itu menjual semua perkakasan rumah.

Bila pergi tengok rumah semua barang elektronik sudah tiada, penyaman udara, lampu, suis lampu dan kabel elektrik semua dijual.

Semua pinggan mangkuk saya juga dia jual.

Sebelum ini, Aliff mendakwa rumah persinggahannya di kampung disyaki didiami oleh individu yang tidak dikenali yang juga merupakan seorang penagih dadah.

Sumber: TikTok