Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed didakwa membawa lari Fatin Syazwani sehingga tidak dapat dijejaki oleh pihak keluarga sebelah isteri.

Artikel Berkaitan: Prince Syed Borong Perabot Berjumlah RM129,000, Kongsi Rezeki Dengan 30 Keluarga Kurang Berkemampuan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Sedia 30 Pasang Baju Raya Untuk Tahun Depan – ‘Modal Tadi Beli Murah Saja RM1,500’

Isteri sebagai tikus makmal?

Menerusi hantaran dimuat naik di Threads, seorang pengguna berkongsi kehadiran ibu mentua Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman di kediamannya.

Dakwa ibu mentuanya, Prince Syed menjadikan isterinya sebagai tikus makmal bagi perniagaan ubat kurus.

Selain itu, Prince Syed turut didakwa melarang ahli keluarga untuk menziarahi isterinya di hospital.

Saya mak mentua Syed. Kami datang rumah dia, nak tengok anak (Fatin Syazwani) dia tak bagi.

Dia lari dari saya. Dia tebuk perut anak saya, sekarang ini saya tak dapat tengok anak saya.

Habis tekak anak saya ditebuk.

Saya nak pergi tengok di hospital, dia tak bagi.

Pintu kunci. Tinggal rumah kosong saja.

Dia bawa lari dah. Cucu saya semua dia bawa.

Dia menikah dengan anak saya cuma untuk dibuat sebagai bahan ujian macam tikus makmal.

Dia potong perut anak saya untuk jual ubat kurus.

Imbas kembali, Prince Syed berkongsi keadaan Fatin Syazwani yang dilihat lemah dan pucat.

Dakwanya, terdapat individu tidak kenali yang tergamak menyihir isterinya selepas tular bisnes Laksa Viral baru-baru ini.

Sumber: Threads @racunapaharian__