Perkongsian terbaharu usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed di TikTok telah menyorot perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: Prince Syed Sambut ‘Birthday’, Harga Kek Cecah RM200,000 – ‘Dipenuhi Dengan Bunga Emas 916’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Kongsi Rutin Harian, Taksub Cantikkan Isteri

Borong perabut untuk 30 keluarga

@prince.syed.shahid

Shopping perabot RM 129K sahaja , untuk nak bagi pada orang yang memerlukan , asalnya nak beli untuk 10 rumah jer , pastu tak sangka lak harga murah kat @RBL PERABOT GEMILANG ULU TIRAM ni , terus beli untuk 30 set kelengkapan full house untuk 30 buah rumah orang yang tidak berkemampuan , ni semua yang ada inboxx msg dan team kami turun sendiri lihat rumah mereka dan sepatutnya pada awalnya nk bg 10 rumah jer untuk bulan ni dan next untuk bulan depan , to sebab murah dan berbaloi , terus sekali harung jer bagi 30 rumah , rezeki untuk mereka , Alhamdulillah , rezeki dari Allah … bulan depan kita datang lagi kat sini untuk rumah2 seterusnya … 🥰 tapi sumpah tak sangka camne owner nya boelh buat harga rm3990 untuk full house ? Ada ke untungnya ? Hebat ownernya ni , korang yang baru kawen atau yang bajet , boleh beli set ni sebab berbaloi , kalo kat luar mahu rm50k tak kurang ya kalo full house perabot rumah , ini RM 3990jer ya Allah murah

♬ original sound – Prince Syed Couture – Prince Syed Couture

Menerusi hantaran berdurasi 24 minit itu, dapat dilihat Prince Syed dan isterinya, Fatin Syazwani membeli 30 set perabot berjumlah RM129,000 di sebuah gedung perabot yang terletak di Ulu Tiram, Johor Bahru.

Menurut pemilik nama Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman ini, kesemua set tersebut akan diberikan kepada 30 buah keluarga yang kurang berkemampuan.

Beli belah set perabot bernilai RM129,000 sahaja untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.

Asalnya nak beli untuk 10 buah rumah sahaja tetapi tak sangka harga murah, terus beli untuk 30 set kelengkapan rumah untuk mereka yang tak berkemampuan.

Difahamkan, setiap isi rumah akan menerima set perabot yang dilengkapi dengan katil, tilam, almari, sofa, rak televisyen dan set meja makan.

Menurut Prince Syed, niat untuk membantu dibuat selepas dirinya menerima hantaran mesej daripada beberapa individu yang kurang berkemampuan.

Ini semua untuk mereka yang mesej saya dan ‘team’ saya turun sendiri melihat keadaan rumah mereka.

Pada awalnya nak bagi 10 rumah saja bulan ini dan seterusnya pada bulan depan tetapi sebab murah dan berbaloi, terus sekali harung beli untuk 30 rumah.

Set perabot di gedung ini hanya RM3990 sahaja. Rezeki untuk mereka, Alhamdulillah.

Bulan depan kita datang lagi ke sini untuk bantu rumah-rumah seterusnya.

Komen netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai dan meraih lebih 300,000 tontonan dan lebih 7,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan murni Prince Syed dan isteri membantu mereka yang memerlukan dan tidak berkemampuan.

Sumber: TikTok