berita

[VIDEO] Dia Tolak Macam Tu Je…

December 4th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sikap seorang kanak-kanak sememangnya seorang yang suka bermain. Bak kata pepatah ‘malang tidak berbau’. Justeru itu, ibu bapa perlu sentiasa peka dalam mengawasi pergerakan kanak-kanak yang sedang seronok bermain.

Menerusi Facebook Siti Nurafiqah berkongsi saat anaknya ditolak seorang kanak-kanak lain semasa sedang menaiki permainan gelongsor. Kanak-kanak itu dilihat dengan sengaja menolak anaknya dari atas gelongsor sehingga hampir jatuh ke bawah. Mujur seorang lelaki yang berada di tempat kejadian sempat memaut anaknya dari jatuh terjerumus.

Tak expect budak tu tolak Khaleef

https://www.facebook.com/afiqahyahayaa/videos/2752209221496314/

Kejadian di Toppen Johor Bahru. Big thanks to Uncle Chinese yang sambut Khaleef dari terjatuh sebab ditolak di playground berhadapan Toys World tadi.

Mommy memang selalu ikut Khaleef kalau main, sebab takut dia buat anak orang. Tapi kalini memang silap mommy sebab sibuk merecord Khaleef tapi mommy langsung tak expect yang budak tu akan tolak Khaleef. Rasanya Khaleef langsung tak menghalang budak tu untuk turun gelongsor tapi tak tahu mana silapnya dia terus tolak badan Khaleef.

Dia menceritakan detik cemas itu semasa berada di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Johor Bahru. Anaknya sedang bermain permainan gelongsor bersama kanak-kanak yang datang berkunjung di kompleks tersebut. Semasa dirinya sibuk merakam momen anaknya bermain gelongsor, tiba-tiba seorang kanak-kanak yang berada di atas gelongsor itu menolak anaknya sehingga hampir jatuh ke bawah.

Parents budak tu tak minta maaf

Khaleef trauma dah taknak main dan terus ajak mommy keluar dari situ. Pengajaran untuk mommy untuk jaga anak mommy betul2 masa main playground walaupun mommy rasa anak mommy dah besar. Peringatan untuk mommies kat luar sana juga untuk sentiasa awasi anak kita.

P/s : sebab ada yang tanya, mana parents budak tu/ parents budak tu ada minta maaf ke. Jawapannya tiada. Jelas menunjukkan budak tu main tanpa diawasi ibu bapa.

Menurutnya lagi, dia tidak sangka akan tindakkan kanak-kanak itu yang sengaja menolak anaknya tanpa sebarang sebab. Mujur seorang lelaki sempat menyambut anaknya dari jatuh terjerumus ke bawah. Tambahnya lagi, ibu bapa kanak-kanak yang menolak itu tidak meminta maaf berkenaan insiden itu. Dia menasihati semua ibu bapa agar peka terhadap keselamatan anak-anak ketika bermain.

Sumber: Siti Nurafiqah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×