Setiap kali menjelang bulan Zulhijjah, umat Islam dihidangkan dengan pelbagai peluang untuk menggandakan pahala amalan. 

Artikel Berkaitan: Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Pada 15, 16 & 17 November Ini, Pahala Seperti Puasa Sepanjang Tahun

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rebut Ganjaran Berganda 10 Hari Awal Zulhijjah, Ini Amalan Yang Digalakkan

Puasa Sunat Tarwiyah

@ustazkembar

Satu peluang untuk kita bersihkan diri sebelum masuk hari yang lebih besar.

♬ original sound – Ustaz Kembar – Haffa – Ustaz Kembar – Haffa

Selain daripada ibadah haji dan puasa pada Hari Arafah, terdapat satu lagi amalan sunat yang sangat dituntut  iaitu Puasa Hari Tarwiyah.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok Ustaz Kembar, menekankan betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpuasa pada 8 Zulhijjah setiap tahun.

Siapa yang berpuasa pada hari Tarwiyah, diampunkan dosa setahun yang telah lalu. Ini yang disebut di dalam hadis baginda Nabi Muhammad SAW

Dan dengan kita menahan lapar, menahan dahaga tak sampai 1 hari pun, 12 jam je, kita akan mendapat satu nikmat yang cukup besar iaitu dosa kita setahun yang lalu diampunkan oleh Allah.

Dalam perkongsian yang sama, beliau turut berkongsi panduan lafaz niat puasa Hari Tarwiyah.

Nawaitu sauma tarwiyah sunnatan lillahi taala. Sahaja aku berpuasa pada hari Tarwiyah, sunat kerana Allah Taala.

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji, mereka sangat digalakkan untuk menghidupkan hari ini dengan berpuasa sunat.

Sumber: TikTok Ustaz Kembar