Pelakon, Diana Danielle, 32 memberitahu dia mahu menyelesaikan hak penjagaan anak secara baik, hari ini. Tambahnya, ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu keadilan kepada anak-anak iaitu Muhammad dan Aurora.
Sebutan hari ini berjalan dengan baik
Menurut Diana, sebutan kali pertama kes hadanah hari ini berjalan dengan baik.
Alhamdulillah sebutan hari ini berjalan dengan baik dan saya tidaklah mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik. Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian.
Disoal mengenai keadaan Aurora, Diana enggan mengulas lebih lanjut bagi menjaga privasi anaknya.
Alhamdulillah, saya melindungi privasinya. Saya tak mahu cakap banyak.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Diana berkata, hak penjagaan sementara yang diberikan kepada Diana dilanjutkan sampai 30 Mei ini.
Kedua-dua belah peguam sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan mereka berdua. Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.
Jadi kami ada proses sulh pada 11 April depan, tapi sebelum itu insya-Allah kami akan berbincang dan kami akan rekod kalau ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.
Sekarang ini hak penjagaan interim masih di lagi di bawah Diana, dan tadi hakim sudah bagi lanjutan hak penjagaan sampai 30 Mei. Kalau ada persetujuan lebih awal, kita akan mohon kepada mahkamah supaya kita boleh rekod dan bubarkan perlahwinan dengan cepat.
Disoal mengenai permintaan Muhammad untuk pulang menyambut Hari Raya di kampung halaman di Kedah, Akberdin berkata pihaknya akan berbincang terlebih dulu sebelum memutuskan mengenai perkara tersebut.
Kita sedang berbincang dengan peguam di sebelah sana dan kita akan pertimbangkan semua ini. Kita akan buat persetujuan setakat mana kita boleh seperti hak lawatan dan hak bawa pergi ke Kedah, kemudiannya kita akan buat perjanjian untuk perkara tersebut.
Diana dan Farid tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kali pertama kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya.
Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Ujar Diana, dia dan Farid sudah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Video
@ohbulanofficial Kes Hadanah Diana Dianelle dan Farid Kamil #ohbulan #news #fyp