![[VIDEO] Diana Danielle ‘Survey’ Barang Perabot, Peluk Pinggang Kekasih Baru?](https://asset.ohbulan.com/2025/12/dd-2.jpg)
Pelakon dan penyanyi Diana Danielle menyorot perhatian apabila dilihat bersama seorang jejaka di sebuah gedung karpet milik aktor, Dazrin Kamarudin.
Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Bila Ada Bisnes & Digelar Saudagar Karpet, Ramai Datang Menempel’ – Dazrin Kamarudin Imbas Fasa Kejatuhan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Gemar Tidur Mengiring’ – Diana Danielle Utamakan Kualiti Tidur, Azam 2026 Jadi Insan Lebih Baik
Kekasih baru?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), akaun rasmi Al-Aqsa dilihat merakam momen Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson semasa mengunjungi gedung tersebut.
Apa yang meraih perhatian apabila Diana bersama jejaka misteri tersebut dilihat mesra mencari perabot rumah.
Bagaimanapun, hantaran itu menimbulkan pelbagai spekulasi antara netizen selain mendoakan kebahagiaan buat pelakon berusia 34 tahun itu.
Netizen berteka-teki




Imbas kembali, Diana pernah didakwa sedang hangat dilamun cinta dengan seorang jejaka tinggi lampai apabila dilihat keluar bersama lelaki tersebut sambil berpegangan tangan.
Difahamkan juga, lelaki berkulit sawo matang itu bukanlah orang dalam industri seni.
Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Pasangan itu kemudiannya bercerai ppada 10 Ogos 2023 selepas berdepan masalah rumah tangga sebelum sepakat untuk rujuk dalam tempoh idah.
Namun pada 24 Mac lalu, mereka sah bercerai buat kali kedua selepas Diana memfailkan cerai pada 4 November tahun lalu.
Sumber: Instagram @alaqsacarpets








