berita

[VIDEO] Didakwa Jadi Punca Kematian Mangsa Buli, Uqasha Senrose Selar Individu Penabur Fitnah & Netizen – ‘Tomahan Yang Dibuat Bukanlah Kecil’

November 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

uqasha buli

Pelakon, Uqasha Senrose menyelar tindakan seorang individu dan segelintir warganet yang mendakwa dia adalah penyebab kematian ‘mangsa bulinya’.

Artikel Berkaitan: Rakan Dakwa ‘Mangsa Buli’ Uqasha Senrose Dah Meninggal Dunia? – ‘Tuntut Di Padang Mahsyar Is Real’

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff ‘Back Up’ Uqasha Senrose, Selar Tindakan Rakan Mangsa Buli – ‘Jangan Sampai Awak Yang Kena..’

Dakwaan menjadi fitnah

uqasha buli

Menerusi temu bual Melodi, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen kesal dengan tindakan individu yang sewenang-wenangnya menabur fitnah tersebut sehingga menjejaskan reputasinya.

Sejujurnya saya taklah kata nak menjernihkan keadaan, sebab tomahan yang dia buat bukanlah kecil sampai saya rasa saya perlu ambil tindakan.

Setiap manusia pun tak kisah lah ‘public figure’ ke..semua punya hati, perasaan, ada rasa sedih bila orang berkata.

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini turut kecewa dengan segelintir warganet yang suka meninggalkan komen-komen negatif terutama terhadap artis.

Menurut Uqasha, buli siber tidak patut berlaku kepada sesiapa pun termasuklah selebriti kerana boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental.

Sebagai ‘public figure’ banyak dah yang saya tepis untuk tidak baca apa yang diperkatakan, sebab saya tahu tak semua orang suka kita bahagia.

Saya tak kata semua netizen adalah sama tapi segelintir netizen yang tidak tahu hujung pangkal cerita, tiba-tiba macam dia tahu segalanya. Itu yang menyebabkan saya rasa geram.

Kenapa kalau korang bebas bersuara, kenapa bila dengan kami, korang boleh hentam-hentam dan buli macam itu?

Bila kami bercakap, korang kata kami ‘cyberbully’ tapi korang ‘cyberbully’ kami dan macam mana pula dengan semua selebriti yang ada masalah kesihatan mental, anxiety, depresi? Ada pernah fikir? Sebab kami ‘public figure’, jadi kami tak boleh bercakap dan tak boleh bersuara? Itu salah.

Serah pada peguam

uqasha buli

Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon, Kamal Adli ini mendedahkan bahawa dia telah menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya untuk mengambil tindakan lanjut.

Saya serahkan kepada peguam untuk buat tindakan dan bersertakan bukti.

Kenapa nak salahkan saya atas kematian seseorang itu? Jadi, saya kena buat sesuatu untuk mengajar orang yang bertindak sesuka hati.

Sekarang ini kan ramai yang berani dan lantang bersuara.. jadi kita kena diam sahaja? Itu tidak betul. Bila timbul balik isu yang sama, sudah semestinya saya terkesan.

Sebelum ini, kecoh diperkatakan individu yang mendakwa menjadi mangsa buli kepada pelakon, Uqasha Senrose dikhabarkan sudah meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.

Pada Mac lalu, nama Uqasha secara tiba-tiba menjadi tular selepas seorang pengguna media sosial membuat pengakuan secara terbuka dia pernah menjadi mangsa buli Uqasha sewaktu zaman persekolahan.

@melodiberapi

Pelakon, Uqasha Senrose menyelar individu yang mengaitkan dirinya sebagai punca kematian wanita yang mendakwa dia dibuli Uqasha ketika bersekolah dulu. #meloditv3 #fyp??viral #uqashasenrose #ceritaartismalaysia

? original sound – Melodi – Melodi

Sumber: Melodi

SKIP THIS AD ×