Selebriti popular dan usahawan, Noor Neelofa seringkali diminta oleh warganet untuk memberi teguran kepada adik-beradiknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebagai Adik Semestinya Saya Mahu Kakak Gembira’ – Neelofa Doa Kebahagiaan Noor Nabila

Artikel Berkaitan: PU Riz Respon Komen Netizen ‘Pergi Tegur Adik-Adik Dulu’ – ‘Tidak Pernah Kita Setuju Dengan Maksiat’

Penjelasan Neelofa 

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, memaklumkan bahawa terdapat segelintir individu yang beranggapan dirinya tidak pernah bertindak untuk menasihati ahli keluarga sendiri.

Bila perkara itu tidak berlaku pada diri sendiri, mereka akan rasa macam kita ni tak buat kerja. 

Tapi sebenarnya, kadang-kadang walaupun ibu atau ayah itu ustaz atau ustazah, belum tentu lagi mudah untuk mereka menasihati atau membentuk anak mereka sendiri. 

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada final program Mualim Muda yang berlangsung di Seri Kembangan baru-baru ini.

Menurut Neelofa, meskipun sudah bertindak sedemikian dan mereka mempunyai pertalian darah, namun ia tidak bermakna dia boleh melangkaui batas atau mengambil alih tugas tersebut.

Tambah ibu kepada dua orang anak itu lagi, dia percaya bahawa ada yang lebih layak untuk memberi nasihat serta membimbing ahli keluarganya.

Apatah lagi kita ni yang sekadar adik-beradik. Sebab mereka juga ada orang lain yang menanggung mereka, yang lebih bertanggungjawab untuk dipersoalkan. 

Jadi, kita ada batasan, yang mana kita tidak boleh terlalu melangkah jauh. Sebagai adik-beradik, kita menegur apa yang patut. Selebihnya, ada orang lain yang lebih layak untuk menegur.