berita

[VIDEO] Dikerumun Peminat Sampai Alat Sulit Kena Ramas, Penyanyi Terus Terduduk Tahan ‘Senak’!

January 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang penyanyi lelaki yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan terkenal di Indonesia iaitu Yovie & Nuno, Pradikta Wicakson berdepan detik yang tidak disangka-sangka apabila alat sulitnya diramas peminat.

Alat sulit diramas peminat?

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika Pradikta Wicakson atau lebih mesra dengan panggilan Dikta membuat persembahan di Anjungan Sarinah, Jakarta Barat, baru-baru ini. Dikta dikerumuni para peminat saat sedang berjalan meninggalkan pentas dan tanpa diduga, alat sulitnya turut diramas oleh salah seorang peminatnya.

Menerusi video yang tular di media sosial, Dikta dilihat memegang alat sulitnya malah wajahnya juga kelihatan seperti sedang menahan sakit sehingga membuatkan dirinya terduduk.

Sementara di IG Story, Dikta berkongsi video teknik kungfu bagi mempertahankan diri sebagai persediaan. Susulan daripada perkongsian itu, para peminat berpendapat ianya mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian Dikta yang diserang secara seksual tempoh hari.

Video

 

Sumber: Suara, TikTok Luv.cal, TikTok Hai_Online

SKIP THIS AD ×