berita

Video Dikritik Netizen, Watie Hanifiah Akui Shuib Sudah Tegur Pasal Baju – ‘Sebenarnya Suami Dah Cakap Jangan’

March 21st, 2024 | by Alia
Kini Trending

watie tudung

Selepas bergelar isteri kepada pelawak iaitu Shuib, usahawan Watie Hanifiah sering menjadi perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Dedah Anak Sulung Shuib Sukar Restui Perhubungan – ‘Uwais Ni Ada Ketakutan..’

Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah ‘Degil’ Tak Dengar Cakap Shuib – ‘Perempuan Bila Ada Pendapatan Sendiri Macam Itulah’

Shuib tegur

watie tudung

Ketika ditemui OhBulan! Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menjelaskan tentang hantaran dimuat naik di Instagram (IG) yang telah mengundang kecaman warganet.

Menurut Watie, Shuib ada menegurnya tentang video berkenaan namun dia mengambil keputusan untuk tetap memuat naik hantaran tersebut.

Sebenarnya suami dah cakap jangan. Dia ada tegur, ‘apa baju tu?’.

Saya pula rasa macam okay, jadi saya upload.

Watie berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Indigital Music x FYP Media yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Terdahulu, menerusi hantaran yang dimuat naik di IG semalam, Watie berkongsi sebuah video dengan mengenakan dres berwarna merah jambu.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah menimbulkan perasaan kurang senang bagi segelintir warganet. Warganet kemudian menasihati usahawan berusia 35 tahun itu untuk melabuhkan tudungnya.

Namun, tinjauan OhBulan! mendapati Watie telah bertindak menutup ruangan komen selepas video itu dihujani kritikan.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

SKIP THIS AD ×