Personaliti media sosial, Nur Syamimia sebelum ini menerima kecaman hebat daripada warganet gara-gara tidak menggunakan pengaruhnya untuk memberi kesedaran mengenai isu peperangan di Palestin.
Artikel Berkaitan: Syamimia Masih Simpan Patung David Dalam Rumah? Netizen Tanya – ‘Kata Dah Buang, Dia Menipu Ke?’
Artikel Berkaitan: Netizen Tak Bergurau! Betul Betul Tekan Butang ‘Unfollow’, Syamimia Hilang 157 Ribu ‘Followers’ Di TikTok
Tak tahan dikecam
Menerusi siaran langsung di TikTok, air mata Syamimia dilihat bergenang dek kerana tindakan segelintir warganet yang meninggalkan komen negatif terhadapnya berikutan isu tersebut.
Bila orang lain pernah berjudi, korang tutup sebelah mata sebab dia post pasal Palestin. Bila orang tu pernah minum arak, korang pun tutup sebelah mata sebab dia pun post pasal Palestin.
Dalam pada itu, Syamimia juga meluahkan rasa kecewa apabila setiap konten yang dihasilkan tidak dihargai malah mereka masih mencari khilafnya.
Bila saya kongsikan tentang kebersihan rumah, kebersihan hati, cara nak bersahabat dengan suami, cara nak didik anak tapi satu sahaja silap saya, tak post pasal Palestin. Tak ada pula korang nak war-warkan benda elok.
Adakah saya berjudi, adakah saya minum arak?
Terdahulu, Syamimia mengambil pendekatan untuk berdiam diri berkenaan isu peperangan tersebut. Bagaimanapun, kenyataan itu telah mendapat kritikan daripada warganet yang menyifatkannya sebagai seorang tidak peka terhadap saudara Islam di sana.
Susulan itu, Syamimia tampil memohon maaf namun masih terdapat warganet yang tidak bersetuju lalu berhenti menjadi pengikutnya di TikTok.
@sayaperempuangberjaya Betul kata dia tu. ?? Biasalah manusia buat kebaikan 1 pon tak nampak. Salah 1 je, terus nampak kesalahan tu luar biasa. be strong dear @Syamimia ??? #syamimia #mimi #miminangistengahlive #miminangis #fyp??viral #foryoupage
? original sound – Saya Perempuang Berjaya ?? – Saya Perempuang Berjaya ??
Sumber: TikTok