berita

[VIDEO] Dina Nadzir Sebak Dengar Doa Angeline Tan – ‘Allah Tak Pernah Abaikan Sesiapa’

October 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

sabri yunus nikah

Perkahwinan di antara pelakon sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu Sabri Yunus dan Angeline Tan baru-baru ini mendapat perhatian ramai yang rata-rata gembira melihat kebahagiaan mereka.

Terbaharu, pasangan pelakon tersebut diraikan dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio tempatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lafaz Itu Sah Mengapa Perlu Diulang? – Dr Maza Jelas Isu Ijabkabul Ringkas Sabri Yunus & Angeline Tan

Artikel Berkaitan: Sara Ali Puji Usaha & Kesabaran Sabri Yunus Pikat Hati Angeline Tan – ‘Aku Ada Ketika Dia Orang Bercinta’

Doa Angeline

dina angeline

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Angeline atau nama penuhnya Ardini Angeline Tan dilihat tidak mampu menahan sebak ketika memeluk penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir sambil menitipkan doa buatnya.

Saya doakan awak, okay. Saya doakan agar awak juga akan diberikan jodoh yang baik suatu hari nanti.

Dalam pada itu, aktres tersebut juga menzahirkan rasa syukur kerana dia sama sekali tidak menduga bahawa akan dikurniakan hidayah dan pasangan hidup walaupun sudah berusia.

Saya tak sangka pada usia 56 tahun saya akan dapat semua ini. Terima kasih Allah untuk semua ini. Allah tak pernah abaikan sesiapa, itu apa yang saya fikir.

Setiap hari adalah hari yang baik. Allah memberikan kita hari yang baik setiap hari. Insya-Allah tak pernah ada hari yang tak baik.

Dina kemudian mengalirkan air mata dan mengucapkan terima kasih atas doa dan nasihat yang diberikan Angeline.

Insya-Allah terima kasih. Saya sangat gembira untuk awak.

Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.

Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

@sinar_my

MasyaAllah kata-kata Angeline Tan atau Ardini yang sangat menyentuh jiwa. “Allah tak akan abaikan sesiapa” #SINARKongsi #SINARSolo

? suara asli – Sad.Musikk_ – Sad.Musikk_

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×