berita

[VIDEO] ‘Disebabkan Fitnah, Kerja Tergendala’ – Adik Shila Amzah Bawa Diri Ke China

October 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Amir Syafiq Shila Amzah

Adik lelaki kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Shafiq memaklumkan dirinya sudah terbang ke China atas urusan kerja pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Terkejut Kucing Di Rumah Hulu Langat Jadi 50 Ekor, Dakwa Kekasih Syafiq Tambah Lagi 10

Artikel Berkaitan: Shila Amzah ‘Halau’ Kekasih Adik Lelaki Keluar Dari Banglo – ‘Selewatnya Esok Sebelum Tindakan Diambil’

Terbang ke China

amir syafiq nd lala

Menerusi perkongsian di TikTok, Shafiq memberitahu dia sepatutnya ke China pada Khamis lalu, namun terpaksa menangguhkan penerbangan disebabkan beberapa masalah termasuk fitnah yang melanda dirinya serta keluarga.

Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni (Sabtu) ke China. Terpaksa delay flight. Patut 19 hari bulan. Disebabkan fitnah daripada pihak-pihak yang tidak bertangungjawab, menyebabkan kerja tergendala.

Alhamdulilah. Hari ni Allah bagi jalan untuk terus bekerja. Segala dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Pada perkongsian yang sama, Shafiq juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyebarkan fitnah terhadap dia, ibunya Fauziah Sarman, adik perempuannya Syada Amzah dan kekasih, Eiza.

Malah, Shafiq juga sempat berpesan kepada semua orang agar memohon maaf kepada ibu masing-masing sebelum terlambat.

Terima kasih pada semua yang telah fitnah kami. Saya memaafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai org lain.

Dan juga, silalah cari ibu/mak/bonda/umi anda semua dan minta maaf minta ampun pada mereka, sebelum terlambat.

Bagaimanapun Shafiq masih mengambil pendekatan untuk menutup ruang komen di perkongsiannya di TikTok semenjak dikecam gara-gara kontroversi dengan kakaknya, Shila.

Video

@_benamir Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni fly ke china. Terpaksa delay flight. Patut 19hb hari tu. Di sebabkan fitnah dr pihak2 yg tidak bertangungjwb, menyebabkan tergendala kerja. Alhamdulilah. Hari ni Allah bg jalan utk terus bekerja. Segala dugaan yg berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih pada semua yg telah fitnah kami(Saya,Mak,Syada and Eiza). Saya memaafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai org lain. Dan juga, sila lah cari ibu/mak/bonda/umi anda semua dan minta maaf minta ampun pada mereka, sebelum terlambat. #allahmahamengetahui #percayapadaqadadanqadar #doaibutiadahijab #rezeki_allah #janganacahsuci #hentikanfitnah ? Thank You Allah – Maher Zain

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×