Pelakon, Que Haidar tampil membidas komen negatif yang diterimanya selepas dikritik kerana mencungkil gigi ketika bersiaran secara langsung (live) baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Happy Dapat Cakap Dengan Awak Tadi’ – Que Haidar

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Tiba-Tiba ‘Menghilang’, Fazura Harap Semuanya Okay – ‘Bukan Kami Yang Bergaduh’

Dituduh pengotor

View on Threads

Que tampil memberikan teguran kepada individu terbabit yang dianggapnya terlalu menjaga kebersihan luaran namun mempunyai hati yang busuk.

Pembersih sangat hidup dia. Kerja dia, masuk live orang cari kesalahan orang.

Dia pembersih tapi hati kotor dan busuk.

Maafkan saya. Kan mak kita ada ajar, kalau tiada benda baik nak cakap lebih baik diam.

Ujar pelakon filem Rock itu lagi, setiap individu seharusnya menjaga tutur kata agar tidak melukakan perasaan orang lain terutamanya apabila meninggalkan komen di medai sosial.

Que turut mempersoalkan mentaliti segelintir netizen yang menggunakan tiket selebriti sebagai lesen untuk melemparkan komen negatif sesuka hati tanpa memikirkan soal dosa dan pahala.

Kita cakap perkara yang baik-baik sahaja supaya tiada yang terasa hati.

Jangan guna tiket disebabkan saya seorang selebriti kena terima sahaja komen orang. Tapi dosa awak tu, awak nak terima tak?

Awak fikir tak bila awak tegur sakitkan hati orang, perkara itu dikira juga.

Terdahulu, Que dilihat secara santai mencungkil gigi semasa membaca komen-komen netizen semasa live.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen sehingga ada melabelnya sebagai seorang yang pengotor hanya kerana melakukan perbuatan tersebut di hadapan kamera.

Sumber: Threads