Pelakon Fazura, tampil memberikan respon dan penjelasan selepas aktor Que Haidar didakwa tiba-tiba ‘menghilang’.

Artikel Berkaitan: ‘Tanya Dia Dulu’ – Peminat ‘Throwback’ Que Haidar Suruh Minta Izin Linda Jasmine Sebelum Bergambar

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura & Que Haidar Pergi Bazar Ramadan, Netizen ‘Blushing’ Tengok Momen Berebut Bayar

Tak bergaduh

@thelilyenchanted

✨🔥💖FAZBULOUS💖🔥✨ Harap lepas ni semua boleh lebih faham apa yang Faz cuba sampaikan 🤍 Bukan soal menjauh, bukan juga soal sombong — cuma minta ruang dan hormat privasi bila dia berniaga. Kita datang dengan niat baik, support bisnes dia, beli elok-elok dan bagi laluan. Itu pun dah cukup bermakna. Dan MasyaAllah Kak Faz memang cantik luar dan dalam orgnyaa 💖🥰✨ Credit Live Kak Faz ❤️

♬ original sound – TheKhayalan869 – TheKhayalan869

Menerusi perkongsian secara langsung di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, menegaskan bahawa mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah dan menganggap kemungkinan aktor itu sedang berdepan dengan isu yang tidak diketahuinya.

Bukan kami yang bergaduh.

Sebenarnya saya pun tidak tahu mengapa dan apa isunya. Tetapi rasa sedih, mungkin ada sesuatu yang mengguris hatinya.

Tapi saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera.

Bagaimananpun, apabila tiba masa yang sesuai, Fazura berharap agar dia dapat mengetahui akan masalah yang sedang dihadapi oleh Que.

Saya harap dia okay dan menghubungi kami semua.

Saya harap kami juga dapat mengetahui apa yang terjadi, yang mungkin mengguris hatinya.

Keserasian Que & Fazura

Dalam masa sama, Fazura memohon agar orang ramai memberikan ruang kepada Que supaya dia lebih tenang dan seterusnya mereka dapat melaksanakan tugas masing-masing sebagai duta bagi sebuah jenama fesyen terkenal.

Que ini hatinya lembut. Betul, dia seorang yang suka memendam sendiri. Jadi, bagi dia ruang.

Sebab kami banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bersama, jadi saya tak mahu ia mengganggu chemistry kami untuk bekerja.

Bila ia mengganggu, suasana akan jadi tidak best.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu itu, dia dan Que berkongsi personaliti yang sama terutama dari segi komitmen terhadap kerjaya.

Kami banyak persamaan dan kami suka elemen positif di sekitar kami. Dari segi makanan, malah prinsip juga kami ada persamaan.

Kami suka mempermudahkan urusan orang dan senang tengok semua gembira. Dia antara yang paling senang, paling awal datang dan cepat bersiap.

Sumber: TikTok