Pempengaruh media sosial sensasi, DMA Islam tampil berkongsi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memilih pasangan hidup.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Gemuk Tak Lawa, Tak Handsome & Tak Dihormati’ – DMA Islam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] DMA Islam Tertarik Pada Wanita Tradisional – ‘Duduk Rumah & Buat Sandwich’

DMA Islam letak 3 syarat

Menerusi satu hantaran video yang tular di TikTok, DMA menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai nilai hantaran yang diperlukan untuk meminangnya.

DMA memaklumkan bahawa dia tidak menetapkan sebarang hantaran sebaliknya, bakal isterinya hanya perlu menepati tiga kriteria yang ditetapkan.

Syarat pertama yang ditekankan adalah kewarasan. Menurut DMA, calon tersebut mestilah seorang wanita yang normal.

Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang tak normal. Nanti dia tak mampu untuk didik anak aku dengan baik. Tak nak lah yang gila-gila, aku nak yang normal.

Syarat kedua adalah bakal isterinya mestilah mempunyai fizikal yang baik dan lulus dalam ujian kecergasan yang ditetapkannya.

Aku akan uji dia dengan buat test. Pertama, dia kena berlari dalam jarak 1,000 meter selama seminit.

Syarat ketiga, dia mestilah seorang yang tidak makan laksa dan sushi. Sebab apa? Sebab laksa dan sushi ni bagi aku makanan yang tak maskulin lah. Kita makan ‘Harimau Menangis’, kita makan nasi goreng, benda-benda yang boom maskulin. Kita tak makan laksa yang lembik-lembik macam tu, faham tak?” 

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya terhibur dengan syarat tidak masuk akal terutamanya mengenai had masa larian tersebut.

Sumber: TikTok