![[VIDEO] ‘Dosa Dengan Manusia Tidak Selesai Sekalipun Syahid’ – Amira Othman Titip Pesanan Buat Umum](https://asset.ohbulan.com/2025/09/amira-othman-12.jpg)
Pelbagai reaksi di kalangan netizen selepas pelakon Fattah Amin membuat pengumuman rasmi mengenai hubungannya dengan Amira Othman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini
Artikel Berkaitan: ‘Bakal Pengantin Sempat Hadirkan Diri Ke Majlis Khatam Pengajian Kitab Syamail’ – Ika Nabella
Pesanan dari Amira Othman
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama penuh Nadia Amira Othman, 32, menegur sikap segelintir netizen yang menulis ciapan di media sosial tanpa berfikir kesannya.
Dalam pada itu, Amira memohon doa dari orang ramai agar urusan membina masjid ini dipermudahkan.
Tenang ya semua.
Jodoh, ajal dan maut telah Allah tulis.
Kita doa baik untuk orang, kita dapat benda baik.
Cakap dan buat benda baik-baik. Tak rugi pun.
Kita tak boleh buat jahat dekat orang tau. Dosa dengan manusia tidak selesai sekalipun mati syahid.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu berkata, ramai yang tumpang gembira sehingga gagal menahan sebak dengan berita yang diumumkan.
Tadi saya pergi event, ramai yang ucap tahniah pastu mereka nangis.
Saya tak boleh tengok orang menangis, saya sedih.
Terdahulu, Fattah membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.
Pada majlis tersebut Fattah mengakui status perhubungan mereka dan pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pelakon Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.
Susulan itu, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan sensasi secara siaran langsung, Fattah Amin dan Amira Othman pada 14 September ini, jam 8 malam menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).
Sumber: TikTok @cute08628







