Penyanyi dan pelakon, Ika Nabella berkongsi momen manis dirinya sewaktu menghadiri majlis ilmu bersama bakal raja sehari iaitu Fattah Amin dan Amira Othman.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini

Artikel Berkaitan: Amira Othman Syukur Dikelilingi Rakan Artis Yang Baik, Majlis ‘Bachelorette’ Usrah Dipuji Warganet

Ika titip pesan pada Fattah

Menerusi Threads, Ika yang memuat naik foto dirinya bersama pasangan itu memaklumkan dia sempat berpesan kepada Fattah agar menjaga Amira dengan sebaik mungkin.

Oh ya! Bakal pengantin pun sempat hadirkan diri ke majlis khatam pengajian kitab syamail tadi.

‘Jaga Amira baik baik tau’ – pesan Ika kepada Fattah.

Pesanan itu kemudiannya disambut baik oleh Fattah yang meminta Ika mendoakan mahligai cinta yang bakal dibinanya bersama Amira.

Doakan kami ya.

Posting Ika Nabella

Di akhir perkongsian, pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim menitipkan doa buat Fattah dan Amira agar perkahwinan mereka diberkati Allah SWT.

Terdahulu, Fattah membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

Pada majlis tersebut Fattah mengakui status perhubungan mereka dan pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pelakon Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.

Susulan itu, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan sensasi secara siaran langsung, Fattah Amin dan Amira Othman pada 14 September ini, jam 8 malam menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118)

Sumber: Threads Ika Nabella