berita

[VIDEO] Drama Lakonan Amir Ahnaf Dikecam, Didakwa Ada Adegan Wanita ‘Projek’ Bawah Meja

December 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Amir Ahnaf

Babak sebuah drama lakonan aktor Amir Ahnaf dan aktres Anna Jobling menerima kecaman netizen apabila didakwa mempunyai unsur luncah.

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Timbul Isu Rampas Merampas, Saya & Anna Tiada Hubungan Istimewa’ – Meerqeen

Artikel Berkaitan: Amir Ahnaf Jawab Tuduhan Mula Sombong & Keras Kepala Selepas Popular – ‘Saya Hanya Jadi Diri Sendiri, Minta Maaf’

Babak lucah!

Amir Ahnaf

Babak tersebut memperlihatkan watak yang dilakonan Anna datang ke pejabat Amir dengan tujuan ingin memaklumkan sesuatu.

Bagaimanapun, hasrat Anna untuk berjumpa Amir tidak kesampaian apabila aktor berkata dia sedang sibuk dan perlu menyiapkan kerjanya terlebih dahulu.

Anna kemudian dilihat berlalu pergi dengan wajah yang hiba.

Pun begitu, apa yang mengejutkan adalah secara tiba-tiba seorang wanita keluar dari bawah meja Amir sambil merapikan rambutnya.

Wanita tersebut kemudian berkata ‘wow you lelaki pertama yang boleh mantain rileks bila I buat ‘kerja’.

Amir kemudian dilihat bangun dari kerusinya lalu membetulkan seluar dengan wajah yang ‘puas’.

Potongan babak tersebut kemudian dimuat naik semula oleh netizen di laman TikTok sehingga menerima kecaman yang bertalu-talu.

Segelintir netizen mendakwa babak tersebut mempunyai unsur lucah atau ‘soft porn’.

Malah, tidak kurang juga yang berpendapat, drama tersebut tidak elok untuk tontonan penonton di bawah umur 18 tahun.

Video

@annajobling.fc SYURGA ITU BUKAN MUDAH EPISOD 3 PART 3/5 #annajobling #annajoblingfc #weloveannaj #syurgaitubukanmudah #SIBM #aileen #farleen #AnnAmir #CapCut #fyp #foryoupage ? bunyi asal – AnnaJoblingFC

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×