Hantaran personaliti media sosial, Cik B menyorot perhatian apabila ramai tersentuh hati dengan kapsyen ringkas yang ditulis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mama Saya Tiada Suami Tetapi Ada Anak Dua Orang’ – Cik B ‘Sound’ Netizen Hina Nasib DSV

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B & Kacak ‘Surprise’ DSV, Majlis Hari Jadi Bertema Lanun Cecah RM80,000

Kapsyen menyentuh hati

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkongsi video pendek ibunya, Datuk Seri Vida bersama pempengaruh Leona sakan menari.

Video berdurasi selama 18 saat itu meraih perhatian ramai yang sebak dengan tanggapan Cik B sebagai anak kepada Vida.

Di kehidupan lain, saya akan jadi anak perempuan girly yang mama impikan.

Tapi buat masa sekarang saya memilih untuk melindunginya.

Sementara itu, Leona menyifatkan Cik B sebagai anak yang sempurna buat Vida.

Cik B, awak sempurna seadanya.

Anak terbaik yang seorang ibu boleh harapkan.

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sebak dengan kapsyen yang dibuat pempengaruh berusia 20 tahun itu. Selain itu, warganet turut membanjiri ruangan komen dengan memuji Cik B sebagai anak yang hebat.

Sumber: TikTok @cikb_havoc66