![[VIDEO] ‘Mama Saya Tiada Suami Tetapi Ada Anak Dua Orang’ – Cik B ‘Sound’ Netizen Hina Nasib DSV](https://asset.ohbulan.com/2025/10/cik-b-1.jpg)
Personaliti media sosial, Cik B tampil mempertahankan ibunya, Datuk Seri Vida apabila dicemuh individu yang tidak bermoral.
Artikel Berkaitan: Cik B Susut 15 Kg, Kecederaan Lutut Jadi Motivasi Turun Berat Badan – ‘Sampai 10 Orang Kena Angkat Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B & Kacak ‘Surprise’ DSV, Majlis Hari Jadi Bertema Lanun Cecah RM80,000
Dicemuh netizen

Ketika melakukan siaran langsung di TikTok, Vida atau lebih dikenali DSV dilihat mempromosikan produk jualannya bersama dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak.
Sesi jualan itu bertukar menjadi kecoh apabila seorang individu memberikan komen berbaur cemuhan dengan mendakwa DSV mempunyai nasib malang kerana tidak mempunyai suami selain telah kehilangan dua orang anaknya.
Tidak berdiam diri, pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, menempelak individu itu dengan mengatakan ibunya banyak dikurniakan rezeki lain dalam pelbagai bentuk.
Mama saya tiada suami tetapi dia ada anak dua orang. Walaupun dia tiada suami tetapi ramai yang nak dekat dia.
Duit Mama pun banyak. Mungkin Mama saya tiada suami tetapi dia ada benda lain.
Contoh, kalau awak ada suami dan suami tidak sayang kepada awak pun, rugi juga.
Awak ini memang bajet.
Cik B turut menyatakan individu itu mempunyai hasad dengki terhadap ibunya sehingga sanggup meninggalkan komen negatif.
Kepada sesiapa pun awak, hati awak memang ‘sakit’.
Mama (panggilan DSV) kena tahu, orang yang membenci kita ini ada tiga sebab saja iaitu dengki, tiada apa yang kita miliki dan rasa diri terancam.
Mungkin dia komen macam itu sebab dia tiada apa yang Mama ada dan dengki.
Sumber: TikTok








