![[VIDEO] Dua Tahun Melayari Bahtera Perkahwinan, Shikin Maembong Syukur Cat Farish Sebagai Suami – ‘Saya Belajar Jadi Isteri Sempurna’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/shikin.jpg)
Isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish iaitu Shikin Maembong bersyukur atas dua tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dikhianat’ – Shikin Maembong Menangis Barang Niaga Dipulangkan Dalam Keadaan Teruk
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cat Farish Buat Kejutan Untuk Shikin Maembong, Hadiahkan Kedai Untuk Cekopis – ‘Ini Je Yang Saya Mampu Untuk Bahagiakan Awak’
‘Terima kasih sentiasa ada’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shikin mengucapkan terima kasih pada Cat Farish kerana telah menjadi figura seorang suami yang sempurna.
Tambah Shikin, perkahwinan dua tahun itu mengajarnya menjadi seorang isteri yang lebih baik.
Terima kasih sebab muncul dalam hidup dan ubah semuanya. Daripada sunyi, jadi penuh warna.
Daripada kosong, jadi ada cinta. Awak bawa tawa, bahagia dan tenang yang saya cari selama ini.
Terima kasih sebab sentiasa ada, waktu saya kuat, waktu saya rapuh. Waktu kita susah, awak tetap genggam tangan saya erat. Dengan awak, saya belajar jadi isteri yang sempurna. Awak ajar saya jadi manja semula, jadi penyayang, jadi diri sendiri.
Dalam pada itu, Shikin menitipkan doa buat perkahwinannya sentiasa dilimpahkan rezeki dan dikurniakan zuriat.
Semoga bahagia selalu




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikongsi kakak kepada pelakon Emma Maembong itu. Selain itu, warganet turut mendoakan Shikin dan Cat Farish berkekalan hingga syurga.
Sumber: TikTok @shikinmaembong







