![[VIDEO] Dua Tahun Tanpa Tawaran Kerja, Zizan Nin Kongsi Kisah Bagaimana Jejak Dunia Seni](https://asset.ohbulan.com/2026/01/zizan-nin.jpg)
Pelakon dan pengarah, Zizan Nin berkongsi kisah perjalanan hidupnya apabila akhirnya memperoleh pekerjaan pertama selepas dua tahun tidak mempunyai sebarang tawaran kerja.
Artikel Berkaitan: Filem Pertama Zizan Nin ‘Sazali Meor Coco’ Dapat Reaksi Positif
Artikel Berkaitan: Zizan Nin ‘Move On’, Mahu Buka Lembaran Baru Sempena 2024
Kerja pertama
Zizan atau namanya Azizan Nin berkongsi dia merupakan seorang graduan kewangan dan tidak pernah mengikuti sebarang pengajian dalam bidang penyiaran.
Kata Zizan, demi mendapatkan pekerjaan dia sanggup berusaha dengan menghantar resume ke pelbagai syarikat.
Ada satu malam, seseorang dari pencarian bakat ternampak saya kemudian dia tanya, ‘Awak nak berlakon tak?’.
Dia ajar saya macam mana nak lalui uji bakat casting. Tak lama selepas itu, saya dapat satu kerja untuk iklan.
Menurut Zizan, pengalaman itu merupakan sesuatu yang baharu baginya kerana dia sebelum ini tidak pernah terlibat dalam mana-mana bidang industri seni.
Pada awal saya fikir betul ke kan dan mereka kata harganya RM1,500 dan dua hari shoot one plus one.
Dalam kepala, saya fikir semasa penggambaran saya dengan kamera saja tetapi bila pergi tempat itu saya macam ‘Wow ini memang perniagaan yang serius’.
Sebab ia adalah satu pasukan yang besar. Bila tengok saya rasa macam salah bidang.
Mengulas lanjut, Zizan berkata banyak pekerjaan yang ditawarkan memberinya peluang untuk berkenalan dengan bakat-bakat lain.
Masa itu baru saya tahu kalau kita ada agensi, mereka akan jaga kita.
Dari situ saya tahu juga sebenarnya saya boleh dapat harga lebih sekiranya ada agensi.
Mereka juga beri tunjuk ajar bagaimana cara untuk berlakon dan sebagainya.
Sumber: TikTok








