Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki melempar yogurt ke arah dua orang wanita yang tidak berhijab.

Artikel Berkaitan: Almy Nadia Berhijab Atas Kemahuan Sendiri – ‘Kini Sampai Masanya Untuk Saya Berhijrah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Yang Baru Berhijab, Tak Boleh Nak Dihakimi’ – Ibu Shuib

Melanggar peraturan hijab

Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang berlaku di Iran itu menyaksikan dua orang wanita sedang menunggu di kaunter bayaran sebuah kedai, kemudian seorang lelaki menghampiri mereka. Secara tiba-tiba dia mengambil sebekas yogurt di rak berdekatannya lalu melemparkan ke arah kepala dua wanita tersebut.

Susulan insiden itu, badan kehakiman Iran telah menahan kedua-dua wanita berkenaan yang difahamkan kerana melanggar peraturan hijab di negara tersebut. Manakala lelaki itu juga turut ditahan akibat mengganggu ketenteraman awam.

Penahanan dua wanita tersebut adalah kerana ketua badan kehakiman Iran telah mengancam untuk mendakwa wanita yang tidak bertudung apabila di tempat awam.

Dalam pada itu, merujuk kenyataan Kementerian Dalam Negeri Iran pada Khamis, menegaskan tentang undang-undang hijab mandatori dan pihak kementerian juga tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan.

Sekadar info, di bawah undang-undang syariah Islam Iran, wanita diwajibkan menutup rambut mereka dan memakai pakaian yang labuh dan longgar.

Sumber: The Guardian, TikTok