Ibu kepada pelawak dan penyampai radio Shuib iaitu Salamiah Jalani telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik hantaran bersama usahawan, Watie Hanifiah.
Artikel Berkaitan: Mengaku Tak Mudah Perjalanan Setahun Bertudung, Shuib Doa Watie Hanifiah Kekal Istiqamah
Artikel Berkaitan: Shuib Rancang Kahwin Dengan Watie Hanifiah Pada Pertengahan Tahun Ini
Artikel Berkaitan: ‘Ini Bukan Pakai Baju Tapi Balut Badan’ – Netizen
Jangan terus menghakimi
@amysalmi22? Kurangnya Apa – Arief
Menerusi akaun TikTok, Salamiah memuat naik video berdua bersama Watie di dalam sebuah bilik. Dengan berlatar belakang lagu Kurangnya Apa nyanyian Arief, kelihatan Watie melakukan bentuk hati (love) sambil tersenyum manis.
Perkongsian itu membuatkan rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi. Ada seorang pengguna yang memuji penampilan sopan Watie berbanding pakaian ketat sebelum ini.
Memberi respon dengan komen tersebut, Salamiah memohon agar memberi masa kepada Watie untuk berubah menjadi muslimah lebih baik.
Orang yang baru berhijab, tak boleh nak dihakimi serta merta. Kena la didik perlahan-lahan.
Tak ada adab
Dalam pada itu, Salamiah juga menegaskan kepada netizen untuk tidak menilai Watie hanya daripada pandangan media sosial.
Sebelum ini, Shuib mendedahkan percintaannya dengan Watie mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.
Terdahulu, sejak kematian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Antara nama yang sering disebut ialah Wan Sharmila dan Zara Zya. Hasil perkahwinan dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Sumber: TikTok